Thursday, June 30, 2011

Tentang rasa itu

Pernah tak awak rasa...perasaan yang tak begitu mendalam tapi selalu ada? Rasa yang macam minum teh pagi-pagi. Nak kata teh tu favourite drink tak jugak, tapi mesti nak kena teh 'o' hari-hari. Macam tu la kot, rasa suka tu tak la kuat...tapi sentiasa ada.

Macam kalau kita dengan kawan kita, nak kata suka sangat tu tak...tapi kita nak dia selalu ada. Kita nak sembang ngan dia, nak kutuk dia, nak dengki-dengki dia sikit. Pernah tak korang rasa? 

Peliknya perasaan ni, salah satunya sebab dia mengatasi rasa suka yang sangat-sangat suka tu. Macam kita suka minum coconut shake kat Padang Kota. Suka sangat-sangat. Kalo orang suruh tulis biografi, sure kita tulis minuman kegemaran: coconut shake. So, kita minum hari-hari. Lepas satu masa, jadi jemu lepas tu tak hingin nak minum lagi. 

Sama la macam kalau kita suka satu mamat/awek yang sedap mata memandang ni. Dah kata cun/hensem..mesti la suka kalau dapat sembang-sembang, lagi suka kalau dapat no phone atau boleh ajak keluar. Tapi bila dah baik, rasa cam kepala tak ngam pulak. Lama-lama sure kita blah,kan?

Jadi, untuk kesimpulan...saya rasa..perasaan yang saya rasa ni...sama macam rasa kita terhadap kawan baik kita. Kita nak kata kita suka dia, memang la...sebab dia kawan kita. Sayang pun ye, sebab kita mestilah sayang kawan kita. Cinta, mungkin tak. Takkan nak simpan hati kat kawan baik sendiri pulak kan? Tapi kita nak dia selalu ada. Saat kita senang hati, saat kita susah hati. Apatah lagi saat-saat kita patah hati.  Tapi, tak mustahil, kalau dia tetiba dia kata dia nak kawin...kita akan jauh hati. Rasa sedih je kan?  Sebab nanti dia tak akan selalu ada dengan kita lagi. 

Makanya itulah agaknya maksud saya bila saya kata tadi, perasaan yang tak terlalu dalam tapi sentiasa ada. Agaknya. Agaknya lah. Entry ni pun dah macam tak ada arah tujuan. So baik stop dulu.



Wednesday, June 29, 2011

10 hari punya cerita...

Hanya satu kata je nak describe apa perasaan duduk rumah berhari-hari ni. BOSAN. Bukan tak ada keje nak buat, tapi tak de mood. Untuk hasilkan kerja yang bermutu mood kena ada. Kalau tak, baik jangan buat *wink*wink*.

Rasanya kalau kat Ipoh tak akan bosan punya sebab ada banyak mende nak buat. Tapi di sini, yang ada cuma keje sekolah atau keje rumah. What a life. Agak melemaskan kalau nak cakap jujur. Cubaan nak update blog tu banyak, tapi end up kat draft je semua. Kan selalu macam tu? When I have too many things to share, I end up sharing nothing. 

So one thing for sure, kalo entry ni nanti tak end up kat draft, dia akan jadi satu entry yang panjang giler..sebab nak recap sume mende yang dah termasuk dalam draft tu.. So, if that's the case, please bear with me peeps =)

Memula nak start dengan isu sakit mata, on my very first day of mc that day, I had a nice chit chatting with Gcop. Among others, Gcop kata last aku kena sakit mata adalah masa kat S.4 dulu. Tapi aku sungguh mati tak ingat. Gcop kata Chah siap kena ulang alik naik motor angkut kita orang pegi klinik. Sungguh aku tak ingat dan tak boleh nak recall. Tapi walau apapun, time kasih banyak lah pada Chah yang telah bersusah payah. Maaf le sebab tak ingat dah, betul la kata Gcop kot...saya ni cepat lupa Chah oii. Hari ni dah hari yang ke 8 sakit mata ni. Esok nak pegi jugak skolah, tak kire.

Lepas tu, tak boleh tidak nak cite jugak pasal keta meletup kat atas hiway hari tu. Disebabkan dah berjanji dengan adik beradik akan berkumpul di rumah Acu, aku pegi jugak ke sana walaupun dengan mata yang cemer. All went well hinggalah saat-saat last minit nak balik ke Gemas. Bermula dengan insiden tengok lori pickup terbakar, berakhir dengan keta sendiri pulak berasap atas hiway dan tersadai di tepi jalan. Ahaks.

So, kepada sume lady drivers diluar sana, sila perhatikan keadaan kereta anda selalu. Kalau ada asap atau apa-apa yang pelik, sila bersedia segera. Macam hari tu, yours truly keluar rumah pagi-pagi sebab nak cepat sampai di Gemas. Keluar pulak time orang keluar keje, hujan pulak tu... maka sila expect jem yang agak berat. So, dalam jem tu jalan pun tersengguk-sengguk je...Mata memang sentiasa tengok kat meter temperature tu, sepanjang jalan ok. Tapi, tiba-tiba nampak hood keta berasap. Tapi ingatkan wap panas sebab hari hujan kena kat hood yang panas tu..buat teori sendiri. Tapi makin lama makin tebal asap dia.

Nak berenti tepi memang tak boleh sebab jam melekat. So terus jugak jalan. Tiba-tiba, berbau asap pulak. Tapi, jalan depan sikit nampak ada pick up terbakar..ingatkan bau dari situ. Memang mencemaskan bila tengok pick up tu terbakar depan mata. Pikir macam nak meletup je. So dengan agak senang hati teruskan perjalanan. Tapi asap makin tebal, bau pun makin kuat dalam keta. Elok je lepas jam, dalam 500 meter je lagi nak masuk exit hiway ke selatan, tetiba..*KEBABOM* 

Err, exaggerate skit sound effect tu. Tapi memang meletup dan keluar asap tebal. Suka diingatkan ye, dalam keadaan macam ni sila jangan panik. Bagi signal ke tepi, dan berhentikan kereta anda. Pastu, sila on hazard lights. Then call lah mintak bantuan. Macam dalam case yours truly, call adik ipar tapi sebab dia pun jauh dia suruh call PLUS Ronda dulu sementara dia nak sampai.

Perkara pertama yang PLUS akan tanya adalah lokasi anda. Dia akan mintak kita bgtau KM kita berada. Bolehnye hari tu, aku tak jumpa satu tiang batu KM tu pun. Agak merumitkan kerja mereka disitu, tapi lepas tepon dipas kepada yang lebih pakar...lokasi dapat dikenalpasti. Lepas tunggu dalam 30 minit, PLUS Ronda pun sampai. Alangkah malunya, bila dikhabarkan, yang meletup tu adalah kabel compressor aircond. Tak melibatkan enjin pun. Ye ye je tak berani start enjin balik. Aduiii, memang bikin malu kampeni.

Nevertheless, para ahli PLUS Ronda bertindak pro dengan memberi jaminan bahawa sangat selamat untuk meneruskan perjalanan (walaupun dia buleh je kalau nak kondem sedas dua pasal tak cek dulu before call...haha). Tapi disebabkan perjalanannya masih jauh, ditambah dengan hujan pulak, agak bahaya untuk jalan tanpa aircond. Makanya kami patah balik ke B.Beruntung dan repair dulu aircond tu...melayanglah juga separuh gaji. 

So, that's about it. Esok nak mulakan semula kerja macam biasa.  Sekian dulu buat masa ni. Pen off. 

Sometimes, silence speaks the loudest voice.




Sunday, June 19, 2011

Pesan Ayah...

Walaupun Ayah saya dah tak ada, bila datang je Hari Bapa tetap jugak terasa nak wish. Walaupun, masa Ayah ada dulu rasanya saya tak pernah wish pun Selamat Hari Bapa.

Saya dengan ayah nak kata tak rapat tu, rapat juga. Tapi mungkin sebab banyak masa saya habis kat asrama, kenangan saya dengan ayah waktu dah besar tu tak lah banyak. Semua kenangan saya ngan ayah banyaknya masa kecik-kecik dan waktu sekolah rendah.

Umur ayah tak panjang, ayah pergi waktu saya belum sempat kerja. Belum ada gaji. Jadi ayah tak sempat pun merasa duit gaji saya. Tak ada rezeki, tapi walau apapun...bila saya teringatkan arwah ayah saya, saya mesti ingat pesan dia... Satu, saya mesti pakai Honda (saya pun tak tahu apasal Honda..mungkin ini fevret brand ayah saya la kot) dan saya mesti ada rumah sendiri...(walaupun dah kawin).

Yang ayah saya tak sempat tahu, saya sekarang bukan lagi peguam..jadi agak kecik peluang untuk saya pakai Honda tu..boleh tu boleh la, tapi mungkin agak lambat. Ayah jugak tak tahu, yang saya belum lagi kawin. Saya mungkin tak semangat nak kawin, sebab ayah tak ada untuk walikan saya.

Jadi kepada yang masih ada ayah diluar sana, hargailah ayah-ayah anda. Selalulah balik jenguk kalau duduk jauh. Sebab bila mereka dah tak ada, time tu baru kita terasa macam-macam. Contoh, masa sekolah..bila nak balik asrama saya cium dahi ayah.. bila masuk ITM, saya stop. Sekarang, ada masanya saya rindu nak peluk cium ayah. Mana nak cari ganti?

Notakaki:  Bila teringat ayah, saya teringat juga pada orang yang teguh berdiri dibelakang saya sewaktu saya kehilangan ayah. Saya agak dia dah jadi ayah sekarang. Selamat hari bapa untuk dia walau dimana dia berada.

Monday, June 13, 2011

Kenapa begini?

Its been awhile since the last time I read a Malay novel. Maksud saya secara aktif la. Zaman sekolah dulu kot..sangat aktif. Lepas je habis sekolah, beli tak pernah...pinjam sekali sekala. Itu pun jarang boleh habiskan. Bukan sebab tak ada masa, cuma tetiba rasa macam novel melayu tak menarik lagi.

Lately, kat sekolah ramai yang kaki novel. Tiba-tiba diri turut terjerumus. Satu malam boleh habiskan satu buku. 600 muka surat. Tak kisahlah tido pukul 4 pagi pun. Itulah definisi aktif di sini. Tapi, selepas beberapa lama jadi macam tu..aku mula fikir balik..apa sebenarnya yang aku dapat dari baca novel ni? Menambah kosa kata? Tak dapat kot...baik baca majalah yang bagus.

Tapi itu satu isu sampingan je...yang aku nak tulis ni walaupun aktif membaca novel melayu..tapi kenapa ek bila nak beli novel melayu tu rasa cam segan je? Nak kena pastikan tak ada orang-orang yang dikenali dulu baru boleh beli. Tapi, kalau nak belek buku-buku John Grisham ke Stephen King ke tak de lak rasa macam tu. Perasaan nak beli novel melayu ni, sama je dengan perasaan nak beli tiket wayang filem melayu yang macam cite ni.

Adakah aku je macam ni atau sume orang macam ni atau ada segelintir orang je macam ni? Untuk justifikasi, aku rasa aku malu sebab aku rasa novel melayu tak membina minda dan tak merangsang otak. Sama macam sesetengah filem melayu (aku cakap sesetengah ye).

Novel melayu yang baik, boleh membuat anda menyelami hati watak heroin dalam cite tu..dan tetiba jadi emo. Ataupun berbunga-bunga ataupun menjadi geram tak berpenghujung. Lagi teruk kalau terbawak-bawak lalu menanam azam nak cari boifren atau pun husband macam watak hero tu. Lalu, ape ke bagusnya baca novel melayu ni? Mende ni, sama la jugak kalau kita tengok drama melayu. Habis tu, camne? 

Bila beli novel dakwah, terasa berat sangat untuk bacaan santai. Last-last, beli la Women's Weekly la, majalah bukan-bukan yang ada banyak iklan dari article. Kalau ada yang membaca ni, tolong bagitau, adakah ini normal? Tolong berikan sebab, kenapa novel melayu tak bagus atau kalau awak rasa bagus..kenapa? Saya perlukan sebab dan alasan.

Sesungguhnya, penulis entry ini sedang bertarung menahan diri supaya tidak ketagihan novel. Dia rasa itu tidak bagus untuk kesejahteraan diri. Tido pukul 4 pagi selalu tak bagus untuk kesihatan juga. 



Thursday, June 9, 2011

Tentang pelaburan...

Hari ni agenda utama nak selesaikan bil-bil rumah. So tadi pergi ke Batu Gajah untuk bayar Cukai Pintu. Alangkah malunya, bila tersalah pejabat. Sepatutnya pergi Majlis Daerah, aku pergi Pejabat Tanah. Aku ngan Pejabat Tanah ni kira cam kamceng gak la dulu. Setiap minggu mesti ada kes kat pejabat tanah. Giler memori masa masuk pintu tu tadi. Kerusi-kerusi tetap macam dulu. Kerusi fevret masih setia di situ.

Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Aku nak cerita ni pasal kes lelong pejabat tanah. Banyak notis-notis kat papan kenyataan tu. Buat korang yang dah masuk 3series ni, biasa tak mak tanya...bila lagi nak kawin beli rumah? Aku rasa paling tidak mak ayah kita akan tanya sekali seumur hidup. Macam aku, dulu dah penah tanya. Mak kata aku ni penakut sebab tak berani nak melabur atas hartanah ni. Anak-anak kawan beliau dah siap beli 2-3 rumah.

Pada aku, beli rumah sama macam nak beli menda lain gak la. Ukur baju dibadan sendiri. Kalau rasa mampu, beli. Rasa ada lebih, ko beli lak untuk buat pelaburan. Real property ni, kalo pandai manage..insya Allah tak akan rugi. Keyword dia, KALAU pandai manage. Manage ni termasuk la perancangan awal. Nak beli rumah kena tengok tujuan beli. Nak duduk sendiri atau nak bagi sewa. 

Kalau nak duduk sendiri ko kena pikir angan-angan ko. Nak umah dua tingkat ke..ada balkoni ke. Dan haruslah ikut bajet ko. Kalo sesuai semua, boleh angkat satu. Tapi, kalau nak sewakan, tak perlulah kot nak tengok ciri-ciri kesukaan...cukup la tengok pasaran kawasan tu. Kenalah cari kawasan yang permintaan rumah sewa tinggi. Biasanya tempat tumpuan orang berkerja atau belajar. Dan yang penting jugak, in case nak jual..memang akan ada buyer.

Rasanya mende ni simple je...just guna common sense. Tapi, bila tengok notis-notis lelong tadi..aku fikir, tentu ada yang beli tanpa fikir habis. Ataupun, apa yang dia fikir tak sama dengan apa yang jadi. Maksud aku tu, ada orang yang beli rumah yang memang area jin bertendang. Nak jual balik pun susah. Kalau lelong pun tak ada orang nak beli. Kalo ada pun, harga memang kaw-kaw rendah. Tak leh nak cover hutang pun.

Ada gak yang dilelong tu, asalnya beli untuk buat pelaburan. Tapi pelaburan memakan diri. Macam kat Ipoh ni, susah la kalo nak beli untuk invest semata. Sebab market tak seberapa. Kalau KL tu lain, memang demand tu sentiasa ada.

So, apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah, walaupun urge [dari luar atau dalam] untuk beli rumah tu ada..sila kaji semua aspek dulu. Kemampuan, kawasan, pasaran dan tidak lupa keadaan politik setempat. Kenapa aku cakap pasal politik ni? Sebab ada yang beli rumah time parti A pegang...bajet-bajet kawasan tu nak naik maju giler-giler. Tapi tak lama pastu, parti A kena turun tahta..kawasan dia pun terbengkalai saja. Bahye gak tu. Lagi satu, jangan beli hanya sebab orang kata, by 30 nak kena ada rumah dah. 

Okeh, pen off dulu. Asalnya nak cerita pasal pelaburan emas sekali, sebab baru sembang ngan agen dia...tapi dah panjang sangat ni. Ciao.

Note: Nak rumah mengadap tasik. 

Monday, June 6, 2011

Tentang gender...

Hasil seminar empat hari di Penang, saya kini dapat membezakan antara gender dan jantina.  Sebelum ni saya ingat gender tu jantina atau dalam englishnya sex. Saya cuba untuk menjelaskan dengan cara yang paling mudah dan akan elakkan dari buat post ni berbunyi ilmiah sangat.

Ok, gender ni sebenarnya satu pola yang dibentuk oleh masyarakat. Secara ringkasnya. Ia bukan ditetapkan oleh Tuhan. So beza paling nyata antara gender dan sex adalah, gender ini ditentukan masyarakat dan ia boleh berubah. Tapi sex atau jantina ditentukan Tuhan dan ia tak akan berubah.

Contoh, siapa yang tetapkan yang baby girl mesti warna pink dan baby boy mesti warna biru. Society kan? Contoh lain, bila budak lelaki jatuh dan luka lalu dia menangis....kita akan cakap.."ehhh..jangan menangis..lelaki tak boleh menangis, lelaki kena kuat". So budak tu pun diam dan memendam rasa sakit tu..padahal dia sakit. Kalau budak perempuan jatuh luka dan menangis...kita biar dia menangis...dan pujuk bagai nak rak, kan? Padahal, dua-dua pun sakit. Patutnya biarlah yang budak lelaki tu pun menangis. Dia kan budak. 

Contoh yang nyata pulak, perempuan boleh mengandung, lelaki tak boleh. Itu sex atau jantina. Tapi, kalau kata lelaki kuat, perempuan lemah. Itu gender. Jangan fikir kudrat sahaja, sila fikirkan kekuatan mental juga. Inilah dianya yang dikatakan gender bias.

Itu antara contoh la..ada banyak lagi contoh yang aku malas nak tulis kat sini tapi harap korang dah paham dengan penjelasan kat atas ni. So, bila orang kata nak dapatkan gender equality tu...maknanya nak dapatkan pengiktirafan yang sama macam lelaki...sebab perempuan pun mampu buat kerja yang lelaki mampu buat. 

Selama ni kita tak tau, rupanya...pekerja lelaki dapat gaji yang lebih untuk kerja yang sama dengan pekerja perempuan. Ada dorang bagitau statistiknya hari tu. Aku pun tak ingat dan tak ada intention nak tulis kat sini. Kalau korang nak korang leh buat research. 

Cuma..at the end if the seminar...memang aku pikir..aku pun memang la salah sorang yang bersifat bias terhadap gender. Kenapa? Ada banyak sebab, antaranya....


  1. Aku tak suka lelaki yang lemah semangat..sebab aku rasa itu sifat pompuan. So kalo aku nampak lelaki menangis tu, memang aku pangkah je la. Out.
  2. Aku benci lelaki yang tak boleh buat keputusan. Tapi sape pulak kata lelaki yang kena buat keputusan atas sume benda? Kata nak kesamarataan..tapi kita harapkan lelaki yang buat keputusan. Dan punish pulak dorang kalo gagal membuatnya. Tak acikan?
  3. Aku tak suke lelaki yang cepat panik. Sebab pada aku ini pun sifat pompuan.
  4. Aku tak suka lelaki lembik. Macam pondan. Dua kali out.
  5. Aku tak suka lelaki suka membebel. Sebab aku rasa itu pun sifat perempuan.
Cukup la kot lima ni. Kalau nak ikutkan ada banyak lagi. Tapi cukuplah yang ini buat masa ni...Perasan tak, kita sendiri..maksudnya perempuan sendiri yang kata...lelaki kena kuat, macho...cepat bertindak dan berfikir. Itu pola ideal seorang lelaki kepada kita. Kalau takde sume sifat tu, kita rasa tak selamat dengan dia..kan? 

Sebab tu, kerja-kerja kasar macam tukar lampu, panjat sana panjat sini orang kata kerja lelaki...padahal perempuan pun boleh buat. So, macam mana...kita nak claim kesamarataan tu, kalau kita sendiri letakkan beban yang tinggi pada bahu lelaki? Tanpa kita sedari, kita sendiri merendahkan keupayaan kita. Aku salah sorang lah. So, itu je aku nak cakap dalam pos yang panjang lebar ni.

Terima kasih kerana sudi membaca. Salah silap harap maaf. Malas nak check dan edit.