Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru...

Suka untuk saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua rakan-rakan guru yang sudi membaca blog ni. Semoga lebih bersemangat dalam kerjaya yang kita pilih ini.

Selepas 5 bulan saya bergelar guru, masih ada lagi suara yang bertanya...pernah tak walau sekali timbul rasa menyesal di hati saya berhenti menjadi peguam dan macam mana rasanya menjadi guru. Up till now, saya belum boleh menjawab. Masih terlalu awal. Saya dan bidang ini macam baru peringkat mengenal hati budi. =)


-------------------------------------satu isu berasingan-----------------------------------------------

Dikesempatan ini jugak, saya nak kasi tau yang ini mungkin post terakhir. Ada orang cakap dengan saya, sila bagi notis awal kalau nak privatekan blog atau apa-apa. Saya nak cakap dekat sini, saya bukanlah privatekan blog, saya juga tak akan tak bagitau kalau saya nak privatekan blog ni. Cuma sekarang saya rasa saya sedang melalui satu fasa malas. 

Having said that, I end my writing here. Sampai jumpa lagi. May be soon, or may be after a while.

p/s: time kasih kepada kawan-kawan yang sudi membaca dan sudi bertanya tentang post baru. Saya hargai..tetapi andai kata saya menulis semula, saya harap watever mentioned in this blog...remain in this blog. Sekiranya ada yang ingin dipersoalkan, sila persoalkan di sini dan bukan melalui pesanan peribadi kepada saya. TQ.

3 comments:

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

sy terlalu sedih untuk mengomen entry ini

Shu said...

wait for the next entry. Im having the same phase tooo...

Radhi Dahlan said...

Happy Teacher's Day!