In shaa Allah, hari ini saya akan balik ke kampung untuk mengundi. Cadangnya nak balik malam semalam tapi terima kasih kepada rakan-rakan di FB yang melaporkan tentang jalan jam yang teruk maka saya batalkan niat saya untuk bergerak balik malam semalam. Lagipun, lebih baik memulakan perjalanan pada waktu siang atau menghala ke siang.
Disebabkan tak jadi balik, saya pun menghabiskan buku-buku yang saya beli di Pesta Buku hari tu. Saya beli 3 novel. 1 darinya saya beli sebab banyak recommendations dari review yang saya baca. Ramai yang kata novel ni islamik. Banyak pengajaran. Disebabkan penulis ni pun antara favourite saya, so saya tak de perasaan ragi-ragu pun untuk beli. Baca sinopsis pun jeling-jeling je buat syarat. Sebab memang dari rumah memang plan nak beli.
Jadi, dari kat Pesta Buku tu lagi saya dah start baca. Sampai rumah, sambung lagi. Memang banyak pengajaran, saya nampak perjalanan cerita tu akan sampai part yang memberi pengajaran. Tapi sampai muka surat yang saya berhenti tu, pengajaran dia belum lagi keluar. Penceritaan yang panjang. Menceritakan kesilapan-kesilapan yang akan nanti membawa kepada bahagian pengajaran itu. Disebabkan panjang, saya stop dulu.
Saya baca novel ke- 2 pula. Novel ni saya tak plan pun nak beli. Cuma saya terjumpa. Lantas saya teringat dalam satu novel yang saya beli dulu...ada sebut tentang novel ni. Yang meninggalkan impression kepada saya bahawa buku ni cerita kelakar. Memang first few chapters, kelakar. Sampai boleh buat kita sengih sendiri.
Tapi....................tiba-tiba
Cerita ni berubah direction, dengan cara yang cukup halus dan mengejutkan. Pendek cerita, penuh teguran dan pengajaran dan frankly speaking, this book brought tears to the eyes. Buat kita terfikir dan berfikir betapa kita kadangkala (atau selalu) lalai dan leka dan tidak bersyukur. Betapa kita suka menilai orang berdasarkan rupa parasnya. Kudos to the writer, berjaya membawa senyum, senang hati dan sedih dalam satu garapan. Tanpa review yang kata dia islamik. Tapi novelnya penuh dengan itu.
Buku pertama yang saya baca, memberi tanda ia tidak menarik minat saya. Kerana, sudah 2 hari saya membaca namun belum lagi saya habiskan. Buku ke 2, saya mula membaca semalam jam 10 malam dan telah habis membacanya 3 pagi ini. Sayang nak tinggalkan.
Disebabkan ini musim PRU dan saya sangat-sangat dalam mood mengundi....akal pendek saya pun tetibe mengaitkan hal kedua-dua novel yang saya baca ini dengan pilihanraya. Don't judge a book by its reviews. Buy, read and make your own review. Kalau dah beli, rasa macam tak best, too bad. Anggap itu pengalaman, lain kali belajar pula ilmu pilih buku yang best.
so, that's all. Nak siap-siap and offfff to Ipohhhhh.. Woot Wooootttt!
Last but not least, happy voting sumeee!!!
VOTE WISELY.
No comments:
Post a Comment