Thursday, May 16, 2013

Cerita 16 Mei

Pagi-pagi lagi murid yang lalu lalang dah start wish Happy Teacher's Day. Tapi tak nampak kelibat anak-anak sendiri [read: anak murid kelas saya..ye, saya guru kelas Tahun 3 :)] 

Masa pergi amik kedatangan, semua buat muka biasa. Semua ada kecuali regular late comer..hehe. Lepas amik kedatangan, teacher berlalu macam biasa. Tak de wish. But of course, teacher tak lah berharap apa-apa. Sebab teacher pun selalu lupa tarikh..even birthdays.. Boo!

Sampai masa Bahasa Inggeris di kelas sendiri...dari tangga tak bunyi bising macam biasa..pelik juga so teacher intai dari tingkap belakang...nampaklah tubuh-tubuh kecil (dan ada yang tak berapa kecil) cuba nak selinap masuk bawah meja... dah boleh dibaca pemikiran itu..

Bila saya bukak pintu..."Happy Teacher's Day, Teacherrrrr!" orang-orang kecil itu cakap sambil keluar dari meja.. Erk! Teacher ni macho ye. Walaupun terharu, teacher buat macam biasa je sambil cakap, "Teacher dah nampak awak menyorok bawah mejalah! Hahaha..but thanx anyway" sambil sengih lebih lebar dari biasa. 

Bila tengok atas meja, ada bungkus-bungkus kecil...tambah satu nota..yang boleh membeli jiwa. Walaupun teacher agak kayu dan tak pandai nak bermadah pujangga, from the deep of my heart, terima kasih untuk semua..atas ingatan dan kasih sayang. Walaupun sekolah kita tangguh sambutan ke minggu depan, tapi awak-awak semua telah menyerikan 16 Mei teacher. Ini, akan teacher ingat sampai bebila.

Bila teacher turun bawah, cerita dengan Cikgu Ida.. Cikgu Ida kata dia ada pergi tegur sebab bising tadi..inilah yang awak-awak bisingkan yek..rehearsal keluar masuk dari bawah meja. Kalau teacher tau awal, tentu teacher akan buat muke terkejut punya..haha. Sorry.

Apa yang teacher tulis ni bukan untuk apa-apa..sekadar buat kenangan nanti bila datang saat-saat yang kita tak duga yang mungkin buat kita dah tak suka apa yang kita buat sekarang. Yang mungkin buat kita nak lari dan berhenti dari dunia murid-teacher.  Semoga, kasih sayang awak-awak kepada teacher-teacher semua..akan berkekalan. Semoga dengan itu, apa yang diajar diberkati dan diingat sampai bila-bila.

Semoga, semua anak murid saya terutama 3 Ceria akan membesar dan menjadi insan yang berguna. Harapnya, dari seorang peguam bersara dan cikgu biasa ini..akan lahirlah  doktor dan jurutera..mungkin guru dan peguam lain pula. Amin.




Wednesday, May 8, 2013

Sepetang di Segamat....

Hari ini menghabiskan sepetang di Segamat. Jabatan Imigresen Segamat to be exact. Punyalah kompas yours truly rosak...walaupun orang dah bagitau kat tempatnya...tak jugak tau kat mana.  Cari punya cari, tak jumpa... tak nampak papan tanda. So park kereta, tinjau-tinjau tak nampak jugak. Last-last nampak satu uncle cina, tengah duduk bawah pokok..so tanya dia, uncle tu bagitau..barulah jumpa. Rupa-rupanya tersorok bangunannya. Hujungggg dunia. Time kasih uncle. 

Then masuk dalam tu, penuh orang..ramai jugak orang Segamat ni nak buat passport. Banyak jugak duit memasing nak gi luar negara.  Ke nak keluar cari kerja kat negara luar? 

Tunggu punya tunggu, punya lama sampai nak pengsan. Nasib baik ada budak kecik kiut ni..seronok tengok dia, jalan pun tak berapa betul...tatih-tatih dekat kerusi nak jalan. Mak dia pun tak larat nak halang kot...aktif bebenor budak kecik ni...last-last dia tatih sampai kat kerusi saya. Dia pegang lutut saya. Saya takut dia jatuh, saya pegang tangan dia. Comel dia sengih dengan mata sepet dia. Mak dia datang amik dia, sambil senyum pada saya. 

Tunggu tunggu lagi, saya perati satu satu muka kat dalam pejabat imigresen tu. Muka penat semua. Mungkin sebab menunggu lama. Tetiba ada sorang sentuh bahu saya. Dia tanya nak amik nombor kat mana. Tadi saya tanya dengan uncle cina, sekarang amoi cina tanya dengan saya pulak. Lepas saya bagitau dia, dia pun pegi tempat amik nombor tu.


Sambil-sambil tunggu saya terfikir, saya sayang keadaan ni. Saya suka situasi macam ni. Kekitaan kita yang sangat mesra. 2 jam setengah dalam ruang sempit Pejabat Imigresen Segamat tu, seakan-akannya tiada dunia luar yang penuh sengketa. Yang ada cuma kita-kita. 

Macam budak kecik tu, dia takut jatuh, dia pegang saya. Saya pun risau kalau dia nanti jatuh so saya pegang tangan dia. Dia tak faham apa-apa. Ikhlas je sengih dia.  

Bila saya keluar, tepat jam 4.30 petang saya terfikir...yang dok bising-bising tu ada masalah apa sebenarnya?


p/s:  Agak-agaknya, budak kecik ni 15 tahun akan datang dia cakap dia dari Malaysia ke atau masih mengaku keturunannya dari Tanah Besar?  



Saturday, May 4, 2013

Petunjuk akhir...

In shaa Allah, hari ini saya akan balik ke kampung untuk mengundi. Cadangnya nak balik malam semalam tapi terima kasih kepada rakan-rakan di FB yang melaporkan tentang jalan jam yang teruk maka saya batalkan niat saya untuk bergerak balik malam semalam. Lagipun, lebih baik memulakan perjalanan pada waktu siang atau menghala ke siang.

Disebabkan tak jadi balik, saya pun menghabiskan buku-buku yang saya beli di Pesta Buku hari tu. Saya beli 3 novel. 1 darinya saya beli sebab banyak recommendations dari review yang saya baca. Ramai yang kata novel ni islamik. Banyak pengajaran. Disebabkan penulis ni pun antara favourite saya, so saya tak de perasaan ragi-ragu pun untuk beli. Baca sinopsis pun jeling-jeling je buat syarat.  Sebab memang dari rumah memang plan nak beli.

Jadi, dari kat Pesta Buku tu lagi saya dah start baca. Sampai rumah, sambung lagi. Memang banyak pengajaran, saya nampak perjalanan cerita tu akan sampai part yang memberi pengajaran. Tapi sampai muka surat yang saya berhenti tu, pengajaran dia belum lagi keluar. Penceritaan yang panjang. Menceritakan kesilapan-kesilapan yang akan nanti membawa kepada bahagian pengajaran itu. Disebabkan panjang, saya stop dulu. 

Saya baca novel ke- 2 pula.  Novel  ni saya tak plan pun nak beli.  Cuma saya terjumpa. Lantas saya teringat dalam satu novel yang saya beli dulu...ada sebut tentang novel ni. Yang meninggalkan impression kepada saya bahawa buku ni cerita kelakar.  Memang first few chapters, kelakar. Sampai boleh buat kita sengih sendiri.

Tapi....................tiba-tiba

Cerita ni berubah direction, dengan cara yang cukup halus dan mengejutkan.  Pendek cerita, penuh teguran dan pengajaran dan frankly speaking, this book brought tears to the eyes. Buat kita terfikir dan berfikir betapa kita kadangkala (atau selalu) lalai dan leka dan tidak bersyukur. Betapa kita suka menilai orang berdasarkan rupa parasnya. Kudos to the writer, berjaya membawa senyum, senang hati dan sedih dalam satu garapan.  Tanpa review yang kata dia islamik. Tapi novelnya penuh dengan itu.

Buku pertama yang saya baca, memberi tanda ia tidak menarik minat saya. Kerana, sudah 2 hari saya membaca namun belum lagi saya habiskan. Buku ke 2, saya mula membaca semalam jam 10 malam dan telah habis membacanya 3 pagi ini. Sayang nak tinggalkan. 

Disebabkan ini musim PRU dan saya sangat-sangat dalam mood mengundi....akal pendek saya pun tetibe mengaitkan hal kedua-dua novel yang saya baca ini dengan pilihanraya.  Don't judge a book by its reviews. Buy, read and make your own review.  Kalau dah beli, rasa macam tak best, too bad. Anggap itu pengalaman, lain kali belajar pula ilmu pilih buku yang best.

so, that's all. Nak siap-siap and offfff to Ipohhhhh.. Woot Wooootttt!


Last but not least, happy voting sumeee!!! 




VOTE WISELY.