Kalau ada satu mende dalam dunia yang saya akan mengaku saya tak suka dan tak akan berlapang dada atau membuka minda saya untuk menyukainya..mende ni lah. Eh, binatang ni lah.
Saya tau dia makhluk Allah jugak, dan dia perlu ada untuk mengimbangi ekosistem. Tapi, kenapa dia ada dirumah sewa saya ni? Bebas keluar masuk bilik saya macam dia sama-sama bayar sewa. Disebabkan dia ada, saya jadi malas nak masuk bilik. Tiap-tiap hari saya diselubungi perasaan tak best, takut terserempak dengan dia. Dan dia pulak, macam tau-tau, hari hari dia muncul depan saya.
Sesungguhnya rupa dia memang sikit pun tak cute. Warna dia lagi la...Mak saya kata, benda ni kalau kita takut lagi dia suka...so buat biasa je. Tapi saya tak boleh. Sekarang saya paham perasaan Doreamon...(sila google kalau tak paham part ni)...
Sesungguhnya saya stress. Tak sabar nak tunggu bulan 11.
2 comments:
semoga si dia itu akn insaf seadanya dan mengelakkan diri darimu
Aminnnn
Post a Comment