Monday, August 22, 2011

Raya Checklist!

I am sooo over the moon :D

Pardon my so-over-the-moon mood okeh. Though I am struggling with test paper, SAPS, PIBG letters and what not...I am still, smiling. Guess I can take almost anything this week. Just not something that can spoil my raya mood. For instance, kedai tayar yang layanan clerk nye macam dia lah owner. How dare you smirk at me? You customer? Nonetheless, as I am in a good mood. I forgive you.

So here is my checklist before I hit the road this Friday :)

1. Service keta.
2. Buat alignment keta. [considered done]
3. Kemas bag *half done.
4. Baju raya
4. Kuih raya
5. Bayar bil *Ini penting, kang sibuk2 raya lupa lak.
6. Bayar duit kuih raya
7. Bayar zakat

Tu je buat masa ni. Yang lain-lain akan dibuat bila teringat. Hehe.
Ekceli, tengah buat SAPS ni...tapi otak dah tune raya dah. Apa buleh buat. Baru buat entry checklist raya pun, hati dah riang ria :D

Sunday, August 21, 2011

Seorang saya dan seekor cencorot...

Kalau ada satu mende dalam dunia yang saya akan mengaku saya tak suka dan tak akan berlapang dada atau membuka minda saya untuk menyukainya..mende ni lah. Eh, binatang ni lah. 

Saya tau dia makhluk Allah jugak, dan dia perlu ada untuk mengimbangi ekosistem. Tapi, kenapa dia ada dirumah sewa saya ni? Bebas keluar masuk bilik saya macam dia sama-sama bayar sewa. Disebabkan dia ada, saya jadi malas nak masuk bilik. Tiap-tiap hari saya diselubungi perasaan tak best, takut terserempak dengan dia. Dan dia pulak, macam tau-tau, hari hari dia muncul depan saya. 

Sesungguhnya rupa dia memang sikit pun tak cute. Warna dia lagi la...Mak saya kata, benda ni kalau kita takut lagi dia suka...so buat biasa je. Tapi saya tak boleh. Sekarang saya paham perasaan Doreamon...(sila google kalau tak paham part ni)...

Saya pun tak tau apa manfaat entry ni, tapi yang nyata saya sekadar nak lepas perasaan. Masa saya tulis ni pun, dia dok menari-menari keluar masuk bilik ke bilik kat belakang saya ni.  Spesis apakah ini? Bukankah tikus takutkan manusia? Dalam terang dia tak keluar??

Sesungguhnya saya stress. Tak sabar nak tunggu bulan 11. 

Saturday, August 13, 2011

32 - 9

I find it hard to write about this. Sometimes, words just don't come out...rite? So, just see for yourself. That tiny little me..(tiny? Ok. exaggerate!) is now loooong gone.




Tapi ada satu yang sama kan? Lagaknya macam agak brutal, even until now. Kalau kecik-kecik dulu saya boleh duduk ayu-ayu macam kawan baik saya kat sebelah tu, tentu skang pun saya lemah lembut je.. Hehe.

Budak yang pakai tudung sampai muka nak jadi ala-ala empat segi tu, pernah ketuk kepala budak lelaki dengan recorder. Gara-gara budak itu ejek nama ayah dia. Sekarang dia dah jadi cikgu, 2-3 kali, budak perempuan datang menangis mengadu dengan dia, budak lelaki ejek nama ayahnya. Dia (budak tudung empat segi tu) rasa sangat tergoda untuk cakap, "awak amik je recorder, ketuk kepala dia. Sure dia senyap terus pasni". 

Tetiba rasa banyak lak patah kata nak keluar. Tapi lain kali lah pulak...Cite dah tak kena ngena ngan tajuk dah. Apapun, terima kasih Allah atas nikmat umur. Saya sempat merasai umur dewasa. Alhamdulillah.