Tuesday, April 13, 2010

Entry baru...

Semalam ada member cakap, ntah bila la orang ni nak post entry baru.  So untuk menyahut seruan, saya post entry baru hari ni.  Takde entry baru tak bermakna saya tak menulis..tulis tetap tulis cuma saya tak publish.  Biarlah ia kekal untuk tatapan mata saya sahaja.

Tapi saya suka untuk corat coret sana sikit sini sikit apa yang bermain difikiran saya sepanjang ketiadaan entry baru ini.  Tak lama hari tu, ada orang gelarkan saya dan kawan-kawan pahlawan lima bersaudara.  Apa sebab apa musabab tidaklah juga saya ketahui.  Tapi ikut rasional saya, sebab kami selalu berlima.  Paling best, orang tu kata sayalah Tuahnya..Ok jugak la, walaupun saya lebih suka kalau dia gelar saya Tun Teja.

Adatlah kalau ada Tuah, kena lah ada Jebat, Lekiu, Lekir dan Kasturinya.  Oleh sebab saya pun tak tanya pemberi gelaran tu apa kriteria bila dia bagi nama ni maka saya pun tak nak lah komen.  Mungkin dia cakap ikut sedap mulut dia sahaja. Oh ya, tak lupa juga..pesanan si pemberi nama...Tuah sebagai yang paling tua, kena lah pandai mengemudi dan memain peranan..bimbinglah rakan-rakan apa adanya.

Haha, part tu saya memang nak gelak juga.  Kalau orang yang kenal saya...pesanan tu takkan keluar adanya.  Sesiapa yang kenal saya, haruslah tau saya memanglah bukan seorang pembimbing.  Malahan untuk membimbing diri sendiri juga saya kecundang ada kalanya.  Pada saya, semua orang ni lahir sebagai khalifah dibumi Allah ini.  Maka, tugas paling asas, bimbing diri sendiri dululah.

Walauapapun, kiranya perlu tidaklah saya kisah untuk membantu..meleraikan apa yang perlu.  Cuma, saya sendiri tidaklah begitu jelas akan kawan saya berempat itu.  Mungkin mereka pun begitu..

Kepada kawan-kawanku, seandai selepas ini  sesuatu berlaku..ingatlah satu.. tentang kenapa Allah jadikan hati dan mulut itu satu..sedangkan mata, telinga, kaki dan tangan dijadikan dua setiap satunya?  Saya bukan orang terbaik untuk menjelaskannya, tambahan saya yakin anda sudah biasa mendengarnya.

Selain dari tu, minggu lepas juga untuk kesekian kalinya saya menyaksikan siri drama kanak-kanak di mana tanpa disangka-sangka saya juga adalah pelakonnya.  Saya tersenarai tanpa rela.  Berlakon tanpa arahan dan tanpa skrip.  Apatah lagi royaltinya.  Kesian saya.  Macam orang bodoh saja lagaknya.  Geram dihati saya masih berbaki adanya..tapi saya persetankan saja.

Last sekali, lately saya macam rindu dengan kawan-kawan saya...Reena, sorry sebab belum sempat siapkan skeleton jawapan contract law tu..Radhi, Gcop, Aja...tak yah kata ape, mesti korang paham punya.

8 comments:

Radhi Dahlan said...

Kadang2 manusia bila nak berkata tu, ikut kata hati jer... sampai lupa yang dia ada akal sebelum berkata.
Jadi, moralnya pada takat umur dah dewasa perlu bijak dalam menyeimbangkan akal dan hati supaya apa yang dikeluarkan dari mulut yang satu tu kelihatan dan kedengaran rasional dan diterima hati dan akal orang lain dengan terbuka.

Sekian...

Zira: Drama budak2 nie memang tak best! hahahahah

tumpanglalu said...

alex: you have conned me. the chest was full of paper! ;)

Radhi Dahlan said...

Nie sapa yang off tune nie? Nyebok jer!

AxraZa said...

D: well said :)

tumpanglalu: this entry was done in bona fide. i dont mean to con anybody.. :P

tumpanglalu said...

my comment ain't about the entry. it’s just me being silly pertaining to that 25 rubies. thought that you’ll understand. but never mind. my bad. i’ll delete it anyway. sori..

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...
This comment has been removed by a blog administrator.
AxraZa said...
This comment has been removed by the author.
AxraZa said...

hahaha..100% understood, samuel. how could i forget my line? nevertheless, the earlier comment was a saving provision..hehehe