Saturday, April 24, 2010

Dingin beku macam ais batu...

Ada orang kata saya dingin beku macam ais batu.  saya tak terkejut pun...masa sekolah dulu ada jugak yang panggil saya stone. kakak saya selalu kata saya ni expressionless.  jadi saya memang tak terkejut pun dengan dingin beku macam ais batu tu. cumaaaa...saya ada banyak cuma...

Cuma yang pertama... walaupun saya dingin beku..saya faham keadaan sekeliling saya.  Cuma mungkin saya tidak boleh mentafsirnya sedalam tafsiran orang lain.  Saya menyedari seadanya apa yang berlaku disekeliling saya, walaupun saya tidak mampu mengulasnya sebagaimana orang lain mengulasnya.

Cuma yang kedua, kalau saya macam ais batu, kenapa ada orang yang perlu rasa takut dengan saya? Saya bukan macam api yang boleh marak dengan segera..atau gunung berapi yang boleh meletup tiba-tiba.  Saya cume ais batu..sampai masa cairlah saya.

Cuma saya yang ketiga, perlukah saya mengurangkan kedinginan saya? perlukah saya menjadi hangat? supaya saya boleh panas dengan segera bila apa yang berlaku tak kena dengan selera saya?  supaya saya boleh melenting dan bersuara dengan lantangnya... supaya orang tau, saya berperasaan..saya bukan dingin...

Cuma saya yang seterusnya...sebagaimana saya kaku tak pandai berlenggok..sebegitulah saya apa adanya.  saya tak pandai memujuk hati dan otak saya untuk menentang apa yang dirasanya.  kalau saya dingin..itu lah kata hati dan otak saya.  kalau tiba-tiba saya hangat dingin..itu pun kata-kata hati [dan otak] saya juga.

Sekarang saya sangat keliru...bila saya dingin orang kata susah nak bercakap dengan saya...bila saya keluar dari kedinginan itu, orang kata saya berpura-pura.  Macam mana?

Kata hati saya, biarlah saya menjadi dingin..macam ais batu..kalau tertelan sejukkan dada...dari saya menjadi hangat macam api..kalau tertelan membakar hati.

Nota:  Saya ada banyak lagi 'cuma', cuma saya tak mampu nak meluahkannya..saya kan batu?

Tuesday, April 13, 2010

Entry baru...

Semalam ada member cakap, ntah bila la orang ni nak post entry baru.  So untuk menyahut seruan, saya post entry baru hari ni.  Takde entry baru tak bermakna saya tak menulis..tulis tetap tulis cuma saya tak publish.  Biarlah ia kekal untuk tatapan mata saya sahaja.

Tapi saya suka untuk corat coret sana sikit sini sikit apa yang bermain difikiran saya sepanjang ketiadaan entry baru ini.  Tak lama hari tu, ada orang gelarkan saya dan kawan-kawan pahlawan lima bersaudara.  Apa sebab apa musabab tidaklah juga saya ketahui.  Tapi ikut rasional saya, sebab kami selalu berlima.  Paling best, orang tu kata sayalah Tuahnya..Ok jugak la, walaupun saya lebih suka kalau dia gelar saya Tun Teja.

Adatlah kalau ada Tuah, kena lah ada Jebat, Lekiu, Lekir dan Kasturinya.  Oleh sebab saya pun tak tanya pemberi gelaran tu apa kriteria bila dia bagi nama ni maka saya pun tak nak lah komen.  Mungkin dia cakap ikut sedap mulut dia sahaja. Oh ya, tak lupa juga..pesanan si pemberi nama...Tuah sebagai yang paling tua, kena lah pandai mengemudi dan memain peranan..bimbinglah rakan-rakan apa adanya.

Haha, part tu saya memang nak gelak juga.  Kalau orang yang kenal saya...pesanan tu takkan keluar adanya.  Sesiapa yang kenal saya, haruslah tau saya memanglah bukan seorang pembimbing.  Malahan untuk membimbing diri sendiri juga saya kecundang ada kalanya.  Pada saya, semua orang ni lahir sebagai khalifah dibumi Allah ini.  Maka, tugas paling asas, bimbing diri sendiri dululah.

Walauapapun, kiranya perlu tidaklah saya kisah untuk membantu..meleraikan apa yang perlu.  Cuma, saya sendiri tidaklah begitu jelas akan kawan saya berempat itu.  Mungkin mereka pun begitu..

Kepada kawan-kawanku, seandai selepas ini  sesuatu berlaku..ingatlah satu.. tentang kenapa Allah jadikan hati dan mulut itu satu..sedangkan mata, telinga, kaki dan tangan dijadikan dua setiap satunya?  Saya bukan orang terbaik untuk menjelaskannya, tambahan saya yakin anda sudah biasa mendengarnya.

Selain dari tu, minggu lepas juga untuk kesekian kalinya saya menyaksikan siri drama kanak-kanak di mana tanpa disangka-sangka saya juga adalah pelakonnya.  Saya tersenarai tanpa rela.  Berlakon tanpa arahan dan tanpa skrip.  Apatah lagi royaltinya.  Kesian saya.  Macam orang bodoh saja lagaknya.  Geram dihati saya masih berbaki adanya..tapi saya persetankan saja.

Last sekali, lately saya macam rindu dengan kawan-kawan saya...Reena, sorry sebab belum sempat siapkan skeleton jawapan contract law tu..Radhi, Gcop, Aja...tak yah kata ape, mesti korang paham punya.

Sunday, April 4, 2010

entry sepuluh minit...

Dalam sepuluh minit ni aku nak keluarkan semua mende dlm kepala aku.

assignments
mak 
bumble bee
makanan
lapar
sbe
mr. hong
BMK
rindu
sape?
sape?