Tuesday, February 7, 2012

Siapa kata jadi cikgu senang?

Achtung: Entry ni panjang gilerrr.

Entry ni terhasil dari post Cik Paejah di Facebook.

Apa yang bakal saya tulis ni mungkin akan mengundang marah. Jadi saya mohon ampun maaf terlebih dahulu. Tapi saya rasa perlu untuk saya meluahkan apa yang saya rasa. Kalau ramai yang tak setuju, kongsilah dengan saya, kenapa?

Orang kata, cara terbaik menilai sesuatu adalah dengan melaluinya sendiri kan? Jadi, izinkan saya bercerita sedikit pengalaman berkerja saya. Kalau rasa macam bosan, sila skip ke bahagian 'kesimpulan' saya di bawah sana.

Pengalaman berkerja ni termasuklah kerja sambilan, kerja suka-suka dan kerja tetap jugak.

So, kerja pertama saya...kerja sambilan kat kedai pak cik. Zaman sekolah. Kira cam nak cari duit poket. Kerja dari pukul 10 sampai tutup kedai. Disebabkan agak pemalu zaman sekolah dulu, dok kat dapur je..basuh pinggan. Tapi, waktu tu saya tengok, meniaga ni kena manis muka..walaupun hati susah, kena senyum jugak dengan pelanggan. Susah tu. 

Lepas SPM, cari kerja sementara nak tunggu result. Tak nak keje kedai pak cik sebab bajet gaji tak banyak. So dapat keje kat Kedai Buku dan Alatan Pengantin. Boleh bertahan satu hari je, sebab tak tahan berdiri dan bosan pelanggan tak de sangat. Ilmu yang dapat dalam sehari tu, buat riben barang hantaran. Susah jugak, sebab nak kena berdiri tapi sebab utama berhenti kerja bukan sebab tu, tapi sebab bosan.

Lepas sehari dah benti tu, dapat kerja lain pulak...jadi salesgirl kedai pakaian. Tokeh dia Cina, kt sini pun sehari jugak. Sebab tak boleh sembahyang. Takleh kompromi la kan bab ni.  Jadi cikgu paling best, kalau mengajar pagi, semua waktu boleh buat dirumah. Heaven.  Pernah dengar pekerja mogok sebab tak boleh sembahyang? Pernah dengar orang curi-curi masa pegi solat masa di pejabat? Susah tu. So much of kebebasan beragama dan mengamalkan agama. Pernah ada orang tanya saya, macam mana nak buat bila dia dibuang kerja sebab pergi solat Jumaat. Please think betapa susahnya dia.

Last-last, dapat keje kilang...Kilang buat wiring harness untuk Proton. Seminggu pertama kerja, bengkak sume jari tangan. Abang bagitau mak suruh berhenti kerja. Tapi sebab dah segan asyik berhenti kerja je, saya teruskan jugak.  Kerja normal shift tapi dalam line memang tak boleh duduk. Berdiri selama 8 jam. Angkut harness yang kadang-kadang lebih panjang dari yang tukang bawak ni. Owh, kilang tu tak ada air-cond. Panas bagai nak giler. Gaji? RM300.00 sahaja. Flat. Kalau orang kata kerja kilang senang sebab tak yah deal dengan orang saya setuju la, memang deal dengan wayar je pun. Habis-habis ngan line leader. Itupun boleh kaw-tim. Cuma, berdiri 8 jam dalam keadaan yang panas dengan gaji RM300.00. Bukan la terlalu senang. Titik peluh dan kadang-kadang darah jugak.

Lepas dapat result SPM, dapat offer ke ITM Melaka. Lepas tu sambung kat ITM Shah Alam. Di kedua-dua tempat ni, aku meniaga kecik-kecik ngan kawan-kawan. Kat Melaka jual jambu..kat Shah Alam jual sandwich. Bangun awal pagi untuk buat sandwich dan kena angkut sandwich tu naik bas pegi masuk UiTM. Tak susah mana, tapi sila bayangkan orang yang berniaga atau menjaja makanan untuk hidup. Bangun awal pagi, siapkan barang-barang dan meniaga. Ada masa laku, ada masa tak. Kalau hujan? Terganggu. Belum cerita yang menjaja naik basikal. Itu lagi sadis. 

Masa kat UiTM Shah Alam jugak, penah buat kerja sambilan sebagai Researcher. Tak susah, cuma cari orang untuk jawab kaji selidik. Gaji dibayar mengikut jumlah kaji selidik. Terpulang la cara nak dapatkan orang untuk jawab. Sila tebalkan muka untuk jumpa orang ramai. Dalam kes ni, sila bayangkan jurujual dari rumah ke rumah tu..dalam sehari berapa jauh agaknya diaorang menapak?

Masa cuti sem, pernah jugak keje kilang Panasonic kat Seksyen 20. Kali ni dua shift. Satu shift 12 jam. Walaupun kerja buat aircond, tapi dalam kilang sebijik aircond pun tak de. Jangan kira bilik engineer. Berdiri 12 jam..eh tak, kadang-kadang berlari kejar conveyor. Time shift malam, giler crucial nak tahan mata time pukul 3 pagi.  Walaupun time kat umah sewa leh layan movie time tu, tapi time keje lain beb. Tapi tak pe la, zaman muda. Tapi bayangkan orang yang dah berumur dan dah berumah tangga. Kerja shift. Susah jugak nak adjust timing tu ngan time family.

Habis belajar, saya dapatlah melaksanakan cita-cita saya sejak dari umur 11 tahun. Saya mula dengan chambering. Elaun RM300.00 sebulan selama 9 bulan. Kerja, 8.30 pg hingga 5.30 petang. Sabtu Ahad cuti. Kerja tak susah, duduk dalam aircond, mengadap file. Kadang-kadang mengadap hakim. Kadang-kadang mengadap bailif mahkamah. Kadang-kadang mengadap defendan. Kadang-kadang mengadap pegawai bank.  Kadang-kadang mengadap client. Sume tu manusia, bukan mesin macam kat kilang. Ada hari dia angin baik, ada hari dia angin tak baik. Hakim boleh baling file bila dia rasa peguam merapu atau tak bersedia. Pegawai bank boleh paster peguam sebab dia rasa dia yang bayar gaji kita. Pelanggan yang pada dasarnya kita nak tolong dia tu pun, boleh marah kita sesuka hati dia. Boss? Jangan cerita.  

Memandangkan ini kerjaya paling lama saya, ada banyak jugak pengalaman boleh cerita.  Pernah keluar rumah jam 4.30 pagi sebab kena hadir mahkamah jam 9.00 pagi? Lupa nak cerita, tak semua peguam boleh claim lodging. Mungkin travelling bukan masalah besar. Tapi macam mana dengan sistem? Yang adakalanya tak kena dengan pegangan kita? Saya tak akan cerita bab ni..Macam tak relevant. Cuma saya nak kata, masa saya berkerja dulu, saya makan gaji. Jadi cuti tahunan hingga tahun ke 6 saya berkerja cuma 16 hari. Setahun. Tempat kerja terakhir saya, 9-6 petang. Tapi jarang pun balik pukul 6 sebab masa tu kekurangan pekerja. Waktu itu, saya rasa..saya lebih banyak habiskan masa dalam kereta dari di pejabat. Adakalanya, saya tak nampak matahari. Pergi sebelum matahari terbit dan balik selepas matahari terbenam. Slot Akasia pun saya tak kenal waktu itu. 

Sebelum saya menjadi guru, saya pernah mengajar di UiTM Sri Iskandar sebagai Pensyarah Sambilan selama  3 tahun lebih (dah bunyi macam biografi ke apa nih?).  Saya mengajar kelas Perakaunan subjek law. Jadi lecturer pada saya memang enjoy. Kelas 2 jam macam 20 minit je rasanya. Tugas saya hanya masuk mengajar dan sediakan bahan mengajar. Selain itu saya tidak terlibat. Dugaan waktu itu cuma, saya bimbang pelajar saya tak paham apa yang saya ajar. But then again, they are adults. Mereka ada pilihan untuk bertanya atau belajar sendiri. Saya dah sediakan apa yang perlu.

Tak lama kemudian saya berhenti kerja dan jadi cikgu. Sekarang, saya keluar rumah jam 7.15 pagi. Sampai sekolah, 7.25 pagi. Jumpa kawan-kawan, gelak ketawa sikit sebelum masuk kelas. Jarang waktu pagi saya berlalu dengan perasaan tertekan. Satu masa dulu, lagi besar isu yang saya kena hadap pagi itu...lagi kuat tekanannya. Nak ketawa pagi-pagi? Kirim salam. Sekarang, saya masuk kelas purata sehari 2.5 jam. Satu waktu 30 minit. Client saya, kanak-kanak 7-12 tahun. Comel-comel belaka walaupun adakalanya macam monster. Waktu kerja saya tamat jam 1.35 ptg. Kadang-kadang  1 hari je 5.30 petang.  Tapi saya jarang balik sharp bunyi loceng. Sebab masih tak biasa balik rumah terlalu awal.  

Tugas hakiki mengajar. Tapi ada juga tugas-tugas lain yang diterima. Setakat ini, tiada yang terlalu susah hingga mengganggu tidur malam saya. Walau ada kerja yang belum sempurna, saya masih boleh senyum pagi-pagi sebab saya yakin, tiada yang terlalu sukar untuk dilaksana. SAPS, headcount, SMM, TOV, ETR? Susah ke? Tugas-tugas pentadbiran, HEM atau Ko-Ku, banyak tapi tidak terlalu berat untuk ditanggung. Sekurang-kurangnya untuk saya dan kawan-kawan disekeliling saya. Saya baru, mereka lama. Setakat ini, saya lihat mereka ceria seadanya.

Baru-baru ini, saya ada buat silap. Saya tanya kakak senior..jawapan beliau menenangkan hati saya. Saya akui silap saya, cuma pointnya, kalau ada kesilapan, masih ada penawarnya. Dan tidak boleh mendatangkan  gundah gulana.  Dulu, saya pernah turun naik mahkamah, saya di Ipoh, Mahkamah di Kuala Lumpur...hanya kerana kesilapan mengeja nama. Kesan, hingga ke hari ini, saya agak phobia dengan ejaan Mohd dan Mohamad atau Muhammad.  

Lalu, untuk menjawab persoalan di atas... 

Saya rasa, senang. Sebab pada saya, tidak sesusah mana. Cikgu perlu tau semua. Betul. Cikgu mesti mampu buat apa saja. Benar. Tapi, bila orang kata kerja cikgu susah sebab banyak kerja...beban tugas guru sangat tinggi, saya rasa agak sukar untuk saya terima. Setakat ini. Kelak mungkin lain cerita.  

Sila bagitahu saya kerja yang paling banyak cuti.
Sila bagitahu saya kerja yang sekerat hari.
Sila bagitahu saya kerja yang kita boleh marah client kita. Boleh mintak tolong cik atau encik pelanggan ambikkan buku. Boleh mintak tolong encik atau cik pelanggan hantarkan buku.
Sila bagitahu saya kerja yang client tak boleh nak marah kita. Pelangganlah yang selalu salah. Tertinggal buku pun dia salah. Tak siap homework pun dia salah. 
Sila bagitahu saya, kerja yang hari ini kita marah client, esok dia senyum mesra lagi dengan kita.

You lose some, you win some. Ok la kot.

Masa saya nak jadi peguam, pak cik saya kata...sebelah kaki dalam neraka dah.
Saya pernah dengar orang kata...jadi cikgu...kerja paling mulia. Saya setuju.

Kesimpulan saya: Despite all the above, I do think that, teacher is NOT an easy job. Simply because...kalau peguam kalah bicara, dia cuma hilang satu client saja dan mungkin beberapa yang berkaitan client itu. Tapi kalau cikgu salah mendidik, dia akan rosakkan satu generasi.

Sapa kata senang? And I don't care lah pasal nak kena jadi tukang cuci la, detektif la, penyanyi la, pelawak antarabangsa la...sume keje ada susah senang dia kot.

p/s:  tolong jangan anggap kerja cikgu ni susah for the wrong reason (s).


Friday, February 3, 2012

Of grouching...

Happy Friday dear reader (if any),

I am sure everybody notices...everyday, there would be someone complaining or grumbling about something. People complain about everything and almost anything. Some complain big, some complain small.  I perfectly understand that.  But it just kinda irritates me when people complain about work. And workload for that matter.

I have my fair share about those things too..but I rather be..you know, quiet about that.   Its an occupational hazard.  We don't work around the clock. Please think of others who work 9-5 and some might have to bring  some unfinished task home. Tiring isn't it?

I heard one phrase from a prominent ustazah, she said "kita jangan tengok orang yang lebih dari kita. Kita akan rasa kita sangat susah.  Tengoklah orang yang lebih susah dari kita..nescaya kita rasa senang".  By saying that I believe what she meant was, do not complain...there is always someone with something worse.   Just give your best and hope for the best.  Lapangkan dada, ikhlaskan hati...semoga Allah memberkati dan mempermudahkan urusan kita. Believe it or not, grumbling is just like fertilizer. Lagi banyak kita letak 'baja' lagi la kita nampak dia membesar.

By writing all this, I mean well. I have no intention to implicate anybody.  I myself do complain a lot...when things go nasty.  But I try my best not to make it a habit. 

So, on this very blessed Friday, lets make a change today. Do less complain. It will keep you healthy too. Tak caya cuba! (Try, if you don't believe).


Credit to the creator, I took this somewhere in Facebook but could not really recall which page. TQ


With that, I rest my case. May peace be upon you.

p/s:  in any measure, do not bite off more than you can chew.

Thursday, February 2, 2012

Old is gold!

Yesterday, we had ko-ku. Before we went home, we had a teh tarik session. Like we always do.  We talk about anything and everything. But yesterday's conversation was one that hit me in the 'heart' really deep. Like a knife poking through it. [Exaggerate]. 

Yanti:  Masa tu Yanti kat sekolah menengah.
Zira:  Kak Zira kat ITM dah time tu.
Ain:  Saya sekolah RENDAH.

OK.

I had the very same conversation in Maktab. But it went like this:

Zira:  Kak Zira form five kot time tu.
Gaya:  Gaya standard six la Kak Zira.

OK. At least, just secondary and primary level.

But yesterday, it was like..... you know, some maths here...

TERTIARY
.
.
.
.
.
.
.
.
.

SECONDARY
.
.
.
.
.
.
.
.
.
PRIMARY


(jauhnyeeeeeeeeeer)