Monday, June 25, 2012

2 budak kecik dan bayang-bayang

Hari ni hari Isnin, selalunya saya akan mengurangkan kegarangan saya pada hari Isnin. Maknanya, hari Isnin saya tak suka marah anak-anak murid saya. Sebab saya tak nak rosakkan hari pertama persekolahan mereka untuk minggu itu.

Saya dapati, rupa-rupanya murid-murid akan lebih mendengar kata kalau saya kurang marah-marah.  Tadi, saya rasa anak murid saya ni sangat sweet. Comel dan manis. Dalam perjalanan saya ke kelas tadi, 2 anak murid saya menaiki tangga mendahului saya...beberapa anak tangga saja. Bila saya sampai di tingkat atas, saya dapati mereka tiada lagi di hadapan saya. Kemudian saya pandang ke tiang di koridor itu, saya nampak dua bayang budak kecik yang berusaha menyorok di situ. Bukan cikgu lah kalau kita tak tahu apa yang dorang nak buat tu. Maka saya pun menyorok di sisi tiang yang bersebelahan budak-budak kecik itu. Lama mereka tunggu saya sampai. Hinggalah saya terdengar mereka bertanya, ke mana saya pergi. 

Malas nak tunggu lama lagi, saya guna ruler dan menjangkau ke arah mereka. Hah! Terkejut! Haha..sape yang kena gertak nih?! Budak kecik dua orang tu pun keluarlah dari balik tiang tempat mereka sembunyi itu dengan muka yang hampa. "Teacher tau laaa.." "Macam mana teacher tau?".

Alahai, innocent nya budak kecik. Kalaupun saya tak nampak bayang kat lantai koridor, saya akan dengar ketawa kecik dari balik tiang tu. Saya pun meninggalkan tiang yang saya menyorok tadi sambil pikir, "kenapa la tak buat-buat lalu dan buat-buat terkejut je tadi"

Simple je. Teacher= joy killer.

Tuesday, June 19, 2012

To be continued..not!

As soon as I came back from school this evening...I was normal again. And I am totally ok now. What was I thinking? So I guess no further post/entry on the previous one. Tiada sambungan. (seakan-akannya ada lah sangat orang yang kisah! kahkahkah.. Seb baik tak sempat melalut yang bukan-bukan di sini.

Do not put down the fence until you know why it was put up!


Till then, good night and sleep tight.

[To the owner of the left rib, wherever you are, good night to you too]


Saya mengalami hari yang pelik hari ini. Hari yang susah nak digambarkan. Apa lagi nak dihuraikan. Tidak ketahuan apa yang nak dibuat, saya terpaksa menghantar sms kepada kawan-kawan yang saya rasa takkan gelak kalau saya bagitau apa yang saya rasa ni. (Korang mungkin tak gelak, tapi sure korang rasa Zira ni bengong kan?)

Tapi itulah, macam mana nak jelaskan orang yang tak wujud, tapi kita rasa macam wujud dan berada sgt hampir dengan kita? Sangat2 hampir. Itu sebenarnya perasaan (atau perasan) atau harapan?

Nnt sambung. Nak pegi skolah, ada meeting PIBG.