Entry kali ini akan jadi entry orang berjiwa kecil, yang membicarakan perihal orang lain (dan mungkin tanpa sedar, penulisnya pun serupa juga). Walau apapun, harap boleh jadi renungan kita bersama.
Not so long ago, aku terbaca kat Facebook. Tak sure la status sape sebab aku pun tak berhasrat nak skodeng beria-beria status orang...sekadar scan sekali imbas update kengkawan. Itu satu. Tak lama lepas tu, aku terbaca lagi satu status, berunsur yang sama dengan status satu tadi. Tak lama lepas tu, aku jumpa lagi. lama-lama aku terfikir...kadang-kadang kita manusia ni, cuba untuk merendah diri...cuba untuk tidak menunjuk-nunjuk. Tapi, bila diamati, omputih kata..."they are boasting in a very humble way".
Aku tak nak judge sengsorang, so ce korang baca and think for yourself...apa korang fikir tentang seseorang yang beli kereta Volvo dan cakap, "kereta biasa je, cuma besarlah sikit dari kereta lama". Aku berpendapat, kalau tak nak menunjuk then tak yah announce la kat Facebook berserta gambarnya sekali. Ok, fine. Aku rasa aku pun dah berbunyi dengki sekarang. Tapi, secara amnya...tak ada orang normal dalam Malaysia ni yang akan kata Volvo tu kereta biasa. Unlesslah ko dangkal sangat. Sudah. Aku accuse kawan aku dangkal sekarang.
Yang kedua tu pulak, aku rasa banyaklah kali aku terserempak dengan status...whining pasal orang dengkikan dia. Pada aku, rule nya simple je. Kalau orang tu rasa dia tak ada apa-apa, dia takkan terfikir pun orang dengkikan dia. Tapi, dalam kes ni, beliau berperasaan semua orang dalam dunia dengkikan dia. Maka, keluarlah segala perkataan, aku ni tak ada apa-apa...aku cuma ada kereta yang berharga 5 6 angka, bla bla bla...macam declare harta pada Perbendaharaan Negara.
Dalam hidup ni, pada aku yang mudahnya berlapang dada je lah. Kalau tetiba datang suara suruh kita rasa macam ada orang dengkikan kita, cepat-cepatlah fikir, apa yang kita ada pun untuk dia cemburukan kita. Senang, hati pun lapang je. Tak perlulah kot, nak fikir...mungkin dia cemburukan ini kot, tak pun itu, itu ini ini itu. Kalau dah fikir macam tu, memang kita akan jumpalah apa yang kita rasa punca kedengkian orang tu, kan?
Aku rasa sebelum ni pun aku dah ada cakap pasal ni, tak suka jugak aku sebenarnya...silap-silap haribulan aku sekarang ni agaknya dah jadi pendengki lak...tak leh baca pasal kejayaan orang. Tapi, aku tak de hal kalau kawan tag aku kat gambar keta dia dengan caption, "Zira, ni Mini Cooper baru aku, ko turun Shah Alam aku bawak jalan". Harus aku tumpang sengih sampai telinga.
So I guess, cara tu lah. Jujur je. Kalau benda besar, nyatakan saja kita gembira kerana berjaya bawak keluar sebijik BMW, hasil usaha keras. Be frank about it. Ikhlas tanpa cas terselindung. Nescaya, ikhlas tu sampai kepada pembaca-pembacanya juga.
Itu je lah, kalau korang rasa aku ni berunsur dengki mintak maaplah. Kuman seberang laut tu lagi besar aku rasa dari gajah mati depan mata. *wink*