Thursday, April 28, 2011

Err...

Untuk satu kali saya menyesali tindakan saya, ada 7 sebab lain untuk menyokongnya. So, why worry? Saya sedar sekarang, saya tak perlu menyesal. Mungkin saya ada buat salah. Tapi saya dah minta maaf.

Saya jugak sedar, saya bukan orang yang bertindak membabi buta. Kalau saya suka, saya tak suka terus..saya reason dulu kenapa saya perlu suka. Kalau saya benci pun saya tak benci terus, saya tengok diri saya dulu...adakah saya pun serupa.

Bila saya buat sesuatu, saya tidak sekadar mengikut hati dan rasa. Setakat ini. Kalau sampai saya berbuat sesuatu, tentulah saya dah berfikir habis tentangnya atau saya dah tak peduli lagi.

Jadi hari ni saya nak cakap dan bagitau diri saya sendiri...mungkin saya tak perlu salahkan diri setiap kali. Mungkin sesetengah orang layak untuk dilayan begitu walaupun dia sungguh mati percaya dirinya suci.

Nota untuk diri sendiri:  Yakin diri tu perlu, tapi kalau terlalu yakin pun bahaya jugak. Kita manusia, kita buat salah. 

To err is human.




Wednesday, April 27, 2011

Keji?

For this post, the writer humbly seeks permission to use 'aku' as if any other pronouns is used..it sounds so fake and corny and therefore agak 'keji'...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Orang kata, kekejian yang paling keji adalah terpesona pada diri sendiri. Aku dengar mende ni masa zaman sekolah dulu..masa form 1 ke form 2 camtu. Aku kan selalu blur dan lambat paham...makanya, dulu aku tak berapa nak tangkap maksud ayat ni. Tapi sekarang...

Dengan teknologi moden dan macam-macam kemudahan, aku rasa aku dah mula paham erti 'terpesona pada diri sendiri tu'. Mungkin aku salah paham, kalo korang rasa aku salah..korang betulkan. Pada aku, kalo asyik cakap pasal diri sendiri tu pun kira cam kagum ngan diri sendiri la kan?

Aku ada jumpa kat facebook, beberapa orang yang update facebook status dia like 15 minit sekali. Selalu aku tak akan affected pun dengan mende macam ni. Dah kata free country. Tapi yang ini, aku tekan butang 'hide' je. Letih.

So malam ni aku nak ingatkan diri sendiri, tahanlah diri dari terlalu banyak bercakap tentang diri sendiri hingga nampak pada orang lain seakan-akan kita kagum dan sangat suka dengan diri sendiri. Update status tu, agak-agak sehari sekali cukuplah, kalau memang dah online hari-hari... 

Anyway, hari tu saya jalan-jalan dan saya jumpa kata-kata ni, Facebook is just like a jail. You sit around and waste time, write on walls and get poked by people you don't really know.

Mungkin saya patut kurangkan lagi masa mengadap facebook saya. 




Sunday, April 24, 2011

Mappilai??

Susah rupanya bila dah jadi macam ni. Serba tak kena. Jiwa kacau. Libang libu. Dan ungkapan-ungkapan lain seumpamanya. Apsal pun tak tau. Nak kata sebab duit, tak jugak. Dah 3 bulan aku tak ada gaji. Aku steady je. Nak kata keje banyak? Tak pun, sama je keje yang aku kena buat hari-hari.

Malas nak pikir punca, cuma nak escape dari situasi tu. Tanya Yanti, rupa-rupanya dia pun sama. Mungkin sebab cuaca agaknya. Tiba-tiba keluar kata-kata nak tengok wayang. Maka kami decide ke Bahau. Dengan duit yang cukup-cukup je, kami gerak ke sana. Niat dihati, nak tengok je wayang apa yang ada. Nak kena jugak cakap, wayang kat Bahau tak sepertinya. Dalam entry lain kali mungkin aku cite pasal wayang di Bahau ni.  

So bila sampai Bahau, cerita yang ada cuma cerita cina. Cerita hantu pulak tu. Cerita melayu pun sama, cerita hantu jugak. Apa pengarah semua dah tak ada idea lain agaknya. Last-last cuma ada satu pilihan. Cerita Tamil. Tanya ngan adik jaga kaunter tu lebih kurang dia kata cerita tu ok. Dah kata nak belasah je tengok cite apa, kami pun beli tiket. 

Masa nak masuk tu, checker senyum sambil buat muka terkejut tengok tajuk cerita kat tiket kami tu. Kami orang pertama masuk. Orang kedua masuk tu siap keluar balik sebab ingat dia salah panggung. =)

Bila dah habis, aku cuma buleh kata aku paham la keseluruhan jalan cerita. Cuma aku tak tau apa yang betul-betul dorang cakap sebab sarikata kejap ada kejap tak ada. Syukurlah pelakon-pelakon dia memang menggunakan ekpressi wajah yang agak berlebihan, maka senang la nak paham.  

Buktinye..hehe
Masa tengok tu dok pikir, camni la agak-agaknya bila aku bagi arahan dalam bahasa inggeris kepada budak-budak. Patut la sat-sat suruh repeat. Tak pun duduk je ternganga. Memang depa tak paham. Lepas ni nak kena sabar sikit dengan dorang.

Balik je rumah, perasaan sama jugak. Terasa jauh je hati tapi tak tau sampai ke mana. Tak sukanya bila jadi macam ni.

Serius tak suka.

Nota kaki: Ada yang masih terngiang-ngiang...dan Khamis lepas ni, cuma khamis yang tak de erti...haish.

Thursday, April 21, 2011

Ku seru. . .

Achtung: Read at your own risk. The writer might be having endorphin rush while writing this entry...
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Who could have guessed that just a simple phrase could brighten someone's day. Simple and pure je. Cukup untuk menimbulkan senyum. Tapi sayang nanti dah tak ada lagi. Semoga dia dipermudahkan dalam segala urusan. Amin.

Note to Paejah: Ingat bila saya kata, kalau sampai satu masa saya jadi macam ayam berak kapur? Bila hati saya bercakap lebih dari mulut saya? Bila saya nak cuba buat biasa tapi tak boleh? Belum lama sangat saya cakap..tapi saya rasa saya sedang melaluinya. Time kasih la pada awak. Seruan memakan diri. Cheh.


Note: Hari ni hari lahir arwah ayah saya. Al-fatihah untuk arwah ayah saya...semoga Ayah tenang di sana...

Much love, Akak.

Wrap up kursus 3 hari. . .

Kursus 3 hari . . .

Kursus Orientasi Guru Baru. Dengar nama pun dah tau apa ertinya. Tak banyak yang menarik hati sebab semua penceramah more or less cakap benda yang sama. Cuma saya agak terpanggil untuk mengulas tentang satu slot yang bercakap pasal ciri-ciri pengikut yang baik. 

Pada saya slot itu nak memberitahu kita tentang apa yang perlu ada pada seorang pengikut. Persoalan saya, kenapa nak cerita pasal ciri-ciri pengikut yang baik? Kenapa tak bercakap pasal ciri-ciri pemimpin yang baik? Bukankah guru itu pada setiap masa adalah pemimpin kepada anak-anak didiknya? Last resort saya adalah, moto SAYA YANG MENURUT PERINTAH. Bila saya cuba lihat dari sudut yang berbeza, saya rasa mungkin ramai dikalangan guru yang malu untuk menonjolkan diri sebagai ketua, tapi dalam masa yang sama tak selesa pula untuk menjadi pengikut. Maka berdirilah mereka di atas pagar. Menunggu untuk mengkritik atau mengikut, bergantung pada keselesaaan masing-masing pada satu-satu masa. Jadi, untuk slot ini..saya beri kredit juga.

Kemudian, ada pula cerita tentang keguruan. Suka untuk saya imbas semula saat-saat saya mengikuti Ethic Course. Satu kursus wajib lulus sebelum boleh bergelar peguam. Tak ada beza pun. Dua-dua cerita tentang apa yang boleh dan apa yang tak boleh dilakukan oleh seorang guru dan peguam. Etika lah maksudnya. Tapi at the end of the talk, saya noticed sesuatu... .

Dalam dunia peguam, cuma ada betul atau salah. Hitam atau putih. Walaupun banyak grey area di dalamnya. Tapi dalam dunia guru, etikanya cuma adab. Saya perhatikan, tiada sebarang penekanan diberikan terhadap betul atau salahnya sesuatu. Semuanya tentang adab. Maksud saya begini...penceramah cerita tentang isu kalau guru dah tertampar budak. Saya menantikan apakah keputusan, akibat dan tindakan. Tetapi perkara-perkara itu tidak dibincangkan. Cuma mereka mengatakan, ada penyelesaian terhadap semua perkara, guru jangan panik dan bertindaklah ikut saluran. Kita ada adab. See? Tiada betul atau salah dan menang kalah yang dipersoalkan. Cuma ada justifikasi. Betullah orang kata, guru ni lebih 'kemanusiaan'. Ini adalah perkara yang saya perlu membiasakan diri saya dengannya.

Dihujung ceramah penceramah ada mengatakan, cikgu jangan bandingkan pekerjaan guru ini dengan mana-mana profession lain. Sebab kalau cikgu buat begitu, cikgu akan kecewa. Kecewakah saya?

Monday, April 18, 2011

Weekend yang indah. . .

Bangun pagi di Gemas minggu ni rasa macam bangun pagi di Flat Digi. Sebab dengar bunyi tv. Biasa kat rumah ni hujung minggu tu cuma aku je yang tengok tv. Tadi bangun je Paejah dah kat luar depan tv. Siap lappy sekali. Aku bangun, aku tumpang sekaki. Online fesbuk, nampak Pak Donnie. Awal pagi ye. Saya kata dia addict tapi dia tak ngaku mulanya. Tapi sekarang dia macam dah pasrah je. Ahaha.

Tetiba datang idea nak ke Segamat. Buzz Aazril, rakan bijaksana di Segamat sana. Syukurlah Aazril dalam mood yang baik jugak, dia datang join lunch walau pun dia dah masak maggi kat umah. Seronok dapat sembang-sembang dengan kawan lama. Tapi sayang tadi tak boleh nak lama sebab Paejah nak sambung perjalanan ke Sepang pula. So kami berpisah kat situ je dengan Aazril.

Lepas habis posing-posing lebih kurang, sambung perjalanan ke Tangkak sebab kawan Paejah tunggu di sana. Sayang betul dah sampai Tangkak tapi tak boleh benti sebab kekurangan bajet. So tengok saje la kain-kain bergantung tu dari dalam keta. Next mission, Tangkak.

Sampai balik Segamat jumpa stall jual durian. Beli la, RM44 untuk dua biji. Teringin punya pasal beli jugak. Aazril siap tanya tadi awat yang dok teringin sangat nak makan durian. Dia harus paham, saya ini orang Perak. Tiap kali musim mesti nak kena makan..hehe.

Sampai Gemas dah petang. Malam ada tusyen lagi sampai kol 9. Penat. Nevertheless, hati ada banyakkkk senang. Sempat fesbuk lagi. Time kasih pada Paejah yang sudi datang dan temankan saya ke Tampin. Sudi belanja makan dan sudi macam-macam lagi. Semoga persahabatan kita kekal sampai tua ganyut! Ahahaha

sahabat yg baik adalah mereka yang mampu mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu. ~kahlilgibran~


Saturday, April 16, 2011

What a weekend kick start! !

Saya suka hujung minggu ni. Titik.

Permulaan hujung minggu ni agak hectic. Petang jumaat, pergi carik barang di Bahau bersama Cikgu Yanti..Balik dah malam. Sampai umah duduk-duduk kejap Cik Paejah sms bgtau dia dah sampai di Batu Pahat. Excited nak jumpa Cik Paejah so terus kata nak pegi amik di Pagoh sampai lupa diri yang sebenarnya memang tak tau jalan. So, call Sir Hafiz memandangkan itu kawasan jajahan beliau. Tapi tidak dinasihatkan pergi kerana jalan agak merbahaya. Syukur kawan Paejah nak hantar sampai Segamat. So kami just amik dia di Segamat saja.

Masa call Sir Hafiz, dia sebut something pasal kawan kami. Buat masa ni saya cuma berharap berita itu tidak benar. 

So at lassttt, Paejah is in the house! Malam tu, sesi online bersama member-member lipan. Berbunga-bunga pulak hati sembang ramai-ramai gitu. Rasa macam dulu-dulu. Walaupun masa kat kelas dulu jarang pun bercakapnya..hehe. End up tido dekat pukul 2 pagi walaupun kena bangun awal pagi sebab kena berada di Tampin untuk pertandingan Action Song 2011.

Hari pertandingan. Cuma satu je saya boleh cakap, judging was never easy. Even untuk pertandingan kana-kanak macam ni. Mungkin sebab pertama kali. Tapi dengan kata sepakat, selesailah tugas tadi dengan jayanya. Alhamdulillah. Hari sabtu ni pun sabtu yang indah kerana berjumpa dengan orang-orang yang menyenangkan hati di pertandingan tadi... =)

Esok belum ada perancangan tapi haruslah dimanfaatkan dengan baik. Minggu depan pulak minggu yang sibuk...mungkin tak ada disekolah sepanjang minggu. Harap dose hujung minggu ni cukup untuk buat semangat menempuh minggu depan. 

Nota kaki: "Ok cikgu, jumpa khamis nanti"  How sweet =)  
[Tapi saya tak ada khamis nanti...how not sweet]