Sunday, February 27, 2011

Tentang K.A.M.I

Entry ni boleh dikatakan entry paling lama yang saya buat.  Selalunya, saya akan taip dan publish terus post-post saya.  Tapi post ini, memandangkan ia agak special...saya amik extra time dan extra care untuk menyiapkannya. Mungkin tak berbaloi sebab ia bukan untuk tatapan umum, tapi cukuplah untuk saya sendiri kenang individu-individu yang pernah singgah dalam perjalanan hidup saya di sini.. Buat kawan-kawan yang ada akses ke sini, harap ia kekal di sini saja. :)

Disclaimer:  Apa yang bakal ditulis hanya pendapat dan pandangan saya sahaja.  Maka tidak boleh digunapakai untuk sebarang apa juga tujuan. Terima kasih.

OKT 1 
  • Antara karakter yang menarik pandangan saya sejak mula.  
  • Daya kepimpinan yang tinggi dan bersahaja.  
  • Orang yang saya rasa kita boleh cakap apa saja dengan dia. 
  • Agak senang panas, oleh itu, sila abaikan kata-kata yang dihamburkan olehnya di saat dia marah.  
OKT 2
  • Lembut dan sopan.  Antara orang-orang pertama yang saya jumpa.
  • Bijak tapi sangat humble.  
  • Orang yang sangat boleh diharapkan.
  • Sangat teliti dan kemas.
OKT 3
  • Sangat manis orangnya.  
  • Mudah goyang dan agak manja.
  • Agak susah dibaca pada mulanya, tapi kemudian menjadi mudah macam buku Font 16. 
  • Antara karekter yang saya selalu risaukan dia.
  • Antara yang saya banyak berkongsi cerita.
OKT 4
  • Antara karekter yang strong dalam gugusan.
  • Cepat panas, agak cepat sejuk.
  • Pengemas dan agak teliti.
OKT 5



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Memang sangat lama, 6 bulan dalam draft. Hr ni saya keluarkan jugak walaupun tak habis. Memang takkan dihabiskan pun. 

Anyway, entry ni sebenarnya nak cerita pasal sume ahli kelas..tapi tetiba kehilangan mood. Sampai lah hari ni..baca-baca balik...rindu pulak dengan sumenya...Nak tulis balik sekarang, dah tak berapa sesuai dan tak ingat lagi karekter sorang-sorang...Betullah kata orang, ramai yang akan kita jumpa dalam hidup kita..tapi hanya beberapa yang akan stay.  So, terima kasih kepada yang masih sama-sama berkongsi cerita.

Apa-apapun, harap sume LIPIans sume dipayungi dibawah rahmat Allah S.W.T. Amin.












Sedutan setahun itu....



Monday, February 21, 2011

World Thinking Day 2011

Esok ber'pandu' lagi kita! Dengan semangatnya, esok akan bergerak ke Seremban pada jam 6.15 pagi...sebab kami perlu ada di sana jam 8.30 pagi. Giler semangat kan? Sebab tu orang kata, kadang-kadang benda yang kita paling tak suka tu la yang kita akan dapat.  Saya tak suka Pandu Puteri.  Tapi saya 'terjebak' lagi.

Buat yang tak tau, last week saya kena attend Centenary Leaders Camp 2011. Khas untuk pemimpin-pemimpin Pandu Puteri. Baru nak baik demam, dah kena berkhemah. I won't mind, kalau tengah sihat segar bugar. But then, bila kepala pusing-pusing, selesema meleleh-leleh, batuk macam atuk-atuk...agak beratlah untuk saya berlapang dada dengan program tu sume. Tido dalam khemah yang basah lembab. Memang tak best. I don't normally complaint ke mengadu ke, but then... pada masa itu..saya sangat-sangat rasa nak balik.  Maaflah kepada mereka-mereka yang menjadi mangsa mengadu domba saya. Lain kali tak buat lagi :|

So kat sini ada sedikit gambar, buat tatapan mata cik dan puan ahli pandu yang membaca post ini. Enjoy. =)







p/s: kalau khemah pandu, tak lari la dari gadget..ngan pintu gerbang tuuu..aduiii

Soo very true...

Thursday, February 17, 2011

Selamat Ulang Tahun ~ Jamrud

Hari ini, hari yang kau tunggu
Bertambah satu tahun, usiamu,
Bahagialah slalu

Yang kuberi, bukan jam dan cincin
Bukan seikat bunga, atau puisi,
Juga kalung hati

Maaf, bukannya pelit,
Atau nggak mau bermodal dikit
Yang ingin aku, beri padamu
Do'a s'tulus hati ...

Reff:
Smoga Tuhan, melindungi kamu
Serta tercapai semua angan dan cita citamu
Mudah mudahan diberi umur panjang
Sehat selama lamanya..

(Selamat ulang tahun yaaa...Semoga panjang umur selalu.. )

Selamat Ulang tahun .... Selamat Ulang tahun...



So kepada sahabat saya yang menyambut hari lahirnya hari ini, saya doakan segala yang baik-baik di dunia ini untuk anda. Semoga sihat sejahtera selalu ;b



Wednesday, February 16, 2011

Barca v Arsenal

Tengah malam ni ada match Barca vs Arsenal. Aku bukan layan sangat bola tapi, bila ada kawan cakap malam ni Barca lawan Arsenal...kotak fikiran aku tetiba buat 'flash back'. Tetiba balik ke 4-5 tahun lalu. Fikir-fikir balik, rasa lawak pulak. Bila betapa seorang aku yang tak berapa minat bola boleh berjaga malam hanya untuk mengejutkan seorang dia yang gila pasal bola. 

Sebab dia penyokong Barca, aku haruslah pada waktu itu sokong Arsenal...dia perasan dia tu Ronaldinho, aku pilih Arsenal sebab Thierry Henry. Aku, masa tu blom ada broadband bagai ni..sanggup tak pegi lunch sebab pinjam internet office untuk buat 'research' pasal Arsenal..and Barca for that matter. Haha, memang sanggup. 

Time match tu, disebabkan dah tau sikit highlight game..dengan menyibuknya aku pun jadi pengulas selari. Bila pikir-pikir balik sekarang, sure dia bengang nak melayan sms aku time tengah-tengah syok tengok game. Agaknya sebab nak jaga ati je dia layan time tu.. Memang lawak time lawan sms bila ada gol. 

Tapi itu cerita dulu...ingat dapat tengok bola sama-sama bila pencen. Tapi tak kesampaian. 2-3 tahun lepas aku masih simpan paper weight Barca yang aku beli untuk dia tapi tak sempat bagi. Skang dah hilang ntah mana.

Agaknya sebab jadi tukang kejut untuk satu tempoh yang agak lama, aku skang masih bangun untuk tengok bola kadang-kadang bila terasa teringin nak tengok. World Cup aku masih layan, liga-liga Malaysia aku masih tengok. 

Cuma sekarang aku dah tak sokong Arsenal lagi...simply because...Henry dah tak de...dia pun..





Tuesday, February 15, 2011

New addition =)

20110213-xx-xxxx

Fannani Aqil Athoullah bin Azizul. The newest member of the family. Its been so long since we had a boy. The last one was Izzul who is now 14-year-old. More or less, we've been waiting for a boy ever since we cannot dukung Izzul anymore =)

So, to Athoullah... welcome to the world and welcome to The Thirds' Club. I really hope that I could live long enough to see you reading this. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan menyenangkan hati ibu dan ayah.



Hugs n Kisses,

Alang
Gemas.

Thursday, February 10, 2011

Hanya untuk hari ini...



Buat semua hari ini... Sebabnya, andai kata ini hari terakhir...kita yang pergi tak ralat..dan orang yang tinggal akan ingat kita dengan cara yang baik-baik.

So hari ni, saya nak cakap terima kasih, kepada semua yang selalu ada.. untuk gelak ketawa. Lebih-lebih lagi untuk yang selalu ada pada waktu-waktu down saya. Saya sangat hargai, walaupun saya tak pandai nak tunjuk. Terima kasih.