Tuesday, December 28, 2010

The happenings...

This is my 200th entry. So, instead of just talking writing, I would rather have the pictures telling the stories for me. For a change =)

Time line - Sepanjang tempoh menganggur...


IPOH

Panggung Ammakkk :)

Nasi vanggey aka nasi ganja...

Dataran Ipoh..

Sila abaikan pertambahan kilo :P

BELAKANG UMAH

Tasek blakang umah...

Nun di sana...



TUKANG DEMO MEMBUAT ROTI 

Roti pakai tepung gandum je..

sebabnya tepung roti gagal di cari..

Tapi oklah, buat cicah kari... :)


CAT SITTING...FOR A WEEK
Usha ikan dlm balang...



CUBAAN MEMBUAT BINGKA YANG GAGAL...
(maka cuma buleh upload gambar arangnya saja..hehe)




PERSEDIAAN BUMBLEBEE NAK MASUK SKOLAH
(kasut baru??)





SESI MERONGGENG


Para peserta...
Para bola...

Abang...


Muke poyo Angah aka Juara hari tu...

dengan Juara dari bawah

SEKIAN.

Sunday, December 26, 2010

AMD???

Achtung:  Entry ni panjang, boleh pegi buat Milo secawan dulu. 
---------------------------------------------------------------------------------------


Mungkin plan nak tengok wayang dihari sabtu cuti krismas antara keputusan paling bijak yang saye buat sepanjang tahun ni.  Bagi kaki wayang mungkin mende kecik je la ni...tapi bagi orang yang tak bape kaki macam saya..merempuh jalan yang tak bape smooth, dan kegigihan mencari parking ber'round-round'..memang memerlukan semangat juang yang tinggi...

Itu belum nak cite lagi, bila nak makan..kena berdiri macam kat kenduri kawin yang tak cukup kerusi...tapi tak pe, semua itu berbaloi kalau at the end of the day....dapat apa yang kita nak buat...[dalam kes saye ni, tengok muvi]

Plan nak tengok The Warrior's Way, tapi memang dah tak tayang lagi...anyhow nak pergi jugak sebab ingat nak tengok Hantu Kak Limah, tapi rupanya dah terlepas...walaupun begitu, kami tetap jugak pergi dan akan belasah je tengok cite ape yang ada...

Kat sini lah masalahnya bermula, cite yang paling cantik timing time tu adalah Tron dan AMD (what the?).  Dua-dua pun bukan pilihan, so just tanya cik kazen dia nak tengok yang mana..nampak cam dia prefer the latter.  So, the deal was kalo yang itu...saye tak mboh beli tiket.

TAPIII...nak dijadikan cerita.....cik kazen tetiba dapat call yang nak kena cakap jauh dari manusia pulak...dan meninggalkan saye queue sengsorang dan tetiba sampai di kaunter.   Dipendekkan cerita, malas nak tulis diolog ngan adik jaga kaunter tu sebabnya..sudah2 adik tu pun gelak je..chett.

Kenapa dia gelak? Sebab mungkin saya antara berpuluh [sebab saya rasa tak ramai tengok cite tu] customer yang beli tiket tu, tanpa sebut tajuk..just tunjuk-tunjuk je macam beli biskut raya...  Susah nak cakap and call me watever..kolot ke konsevatip ke ape...tapi pada saya, tak de ke tajuk yang lebih proper? yang lebih decent?? Nak tajuk catchy? Think harder la kot..

All in all, jalan cite boleh la..kalo ikut penanda aras saya.  Sekurang-kurangnya saya tak tertido.  Tapi, pada saya...ceritanya agak loose...fokus pun lebih kepada yang tak sesuai ditonton daripada apa yang sepatutnya menjadi fokus.  Mungkin tak nak jadi filem dakwah sangat? But still, elemen pengajaran tu kena la lebih kalo dah itu justifikasi awak keluarkan cerita macam tu.  Malas nak komen panjang. Cuma satu je la, masih tak keluar dari kebiasaan cerita melayu.  Perasaan bila keluar wayang, macam tengok slot cerekarama tapi berbayar.  [sebelum ada yang kata, nak expect apa cik zira, ini bukan cite nak pakai effect dasat ke ape, saya  nak bagitau..sy tengok The Green Mile..iyeee, like yearsss ago..dan keluar wayang dengan perasaan macam saya nak quit belajar Law..can you read me?]

Nak salahkan orang tak support filem melayu? Nak marah orang rasa tak cerdik tengok cite melayu? Nak marah orang rasa malu nak tengok cerita melayu??  Jangan dulu, mungkin awak kena tanya orang yang dah tengok karya-karya Mamat Khalid.  Chill =)


Nota kaki yang tak de kena mengena: Masa saya kerja dulu, hari yang sempurna saya adalah dok umah tak buat apa-apa...tapi skang saya rasa, hari yang sempurna ini membunuh saya. [I used to think that a perfect day was a day when I could just relax and do nothing.  Now it seems, that perfect day is killing me]

Friday, December 24, 2010

Virtually real...

As I was so free and practically idle this whole week, I thought it was good to go find my friend, I mean old friends. You know, those who were closed to me during primary and secondary school.  In the course of doing this, I had sorted out my Facebook friend list. I thought it would be easier to go find them through my friends in the list.

And suddenly I realised, I have fairly big number of virtual friends.  Those who I never met but it feels like I know them my entire life.  Those who were with me during my ups and downs.  Some even with me [virtually of course] during my most vulnerable time when even the closest one couldn't be present.

How lucky I am...to have them around. One or two has/have been my friend for more than 10 years and the friendship is still standing. One that withstands the time and distance. And now I'm thinking, its so true what they say about how sometimes strangers can be friend and even family can be strangers.

For me, the secret ingredient in friendship is sincerity.  Physical or online presence is just a terms...

...and the pursuit of the long lost old friends continues...............

Some people come into our lives and quickly go. Some stay for a while, leave footprints on our hearts, and we are never, ever the same.” - Flavia Weed




Wednesday, December 22, 2010

Be careful with what you wish for!

Perbualan di pagi subuh yang hening...

Saya: Mak, Mak la ni, soh akak tido awal. Akak asyik terjaga je kol 3-4 pagi. Pastu bukan buleh tido balik. [Dengan nada tak puas hati ye!!]

Mak: Hah, elok la tu. Orang lain siap bertempah nak bangun time-time tu. Dah terjaga, bangun la, buat smayang hajat ke..mintak tempat posting yang baik-baik, mintak dipermudahkan segala urusan...bla bla bla [Dengan nada yang selamba macam tak bersalah jek..]

.........dan bla bla bla itu berlanjutan sehingga 45 min selepas itu, membawa kepada isu-isu global.  Haha..padan muka! Thats my Mak, and I love her all the same =)

Saya, macam biasa jadi burung belatuk! Ngeee...

Moral: Be careful with what you wish for.  

I wish for little understanding from my mother, hoping that she would understand my inordinaire sleeping habit.  But little that I know, she has bigger wishes for me.


Youth fades,  love droops, the leaves of friendship fall.  A mother's secret hope outlives them all.  ~Oliver Wendell Holmes




Monday, December 20, 2010

Tentang hidup...

Hari ni hari paling slow rasanya...hari ni kan Isnin.  Tapi sejak tak keje ni, Isnin bukan lagi hari gelap aku nih. Any day could be the black day.  Cuma hari ni rasa gloomy..mendung..mungkin mengiringi pemergian 22 mangsa  nahas kat jalan Simpang Pulai-Cameron tadi.. Al-fatihah untuk kesemua mangsa yang beragama Islam.  Moga semua ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin.

Bila sebut pasal mati, kita yang hidup kena cerita pasal hidup.  Hidup yang macam mana yang kita nak.  Esok genap 32 tahun 1 bulan aku hidup.  Orang kata kita tak boleh pilih macam mana cara kita nak mati [cuma sebagai orang Islam, kita boleh doakan kematian yang baik-baik] tapi kita boleh pilih cara kita nak hidup.  

So skang aku dok pikir, kehidupan macam mana yang aku nak.  Jauh aku pergi, tapi akhirnya aku patah balik je.  Aku nak hidup aku ni tenang-tenang je.  Ada bumbung untuk lindung dari hujan panas, ada makan untuk hidang atas meja..ada sikit duit untuk aku ronggeng belanja Mak =)

Pernah ada satu part dalam hidup aku yang orang kata agak ambitious..contohnya nak ada firm sendiri..nak pakai bmw 3 siri.  Skang tak de dah pun... Ultimate goal skang, nak tido malam yang nyenyak... dengan gaji yang apa adanya tapi aku yakin suci.

Moga Allah panjangkan nyawa dan berkati umur.  Moga sempat pegi haji dan masuk kelas agama petang-petang.  Moga sempat pencen dan duduk dibuai minum petang sembang-sembang dengan the significant one.. 

Tapi itu mungkin terlalu jauh, bila kita patah balik..temanya..just seize the moment and live life to the fullest.  For we never know when its going to end. Wallahu'alam.


Note:  Sebenarnya entry ni tak de arah tujuan. Cadang nak tulis pasal tido since dah ramai yang dok berceramah pasal tido ni...tapi asyik stuck je.  Inilah bukti yang sahih, bahawasanya otak kita ni kalo makin jarang diguna..makin dia menjadi rosak dan kurang berfungsi.  Tak macam kasut, kalo hari-hari guna..kita mungkin end up beli kasut tiap-tiap bulan..sebab dah rosak. Relevan ke? Hehe..




Saturday, December 18, 2010

Tentang usaha...

Hari ni hari sabtu yang indah...cuaca bagus, mood pun bagus.   Ada kawan Puan Emak datang hari ni so niat nak berjalan tak kesampaian.  Seronok juga sesekali tengok Mak ngan kawan-kawan dia ni...siap macam rotate pergi ziarah kawan-kawan..harap aku macam tu jugak bila dah tua-tua nanti..cuma aku nanti boleh la drive sendiri macam Mak Cik Shima yang datang ni...kalau Puan Mak tu, sayalah cik driver yang setia berbakti :)

Dah dorang sibuk bersembang, aku pun macam biasa sembanglah ngan Pak Cik Google...dari kejauhan ni aku dengar Mak dan kawan-kawan sebut pasal usaha...serius hangat ye perbincangan mereka. Maka aku terpikir, bila sebut pasal usaha, sampai setakat mana yang kata kita nak kena usaha ni? 

Hasil pembacaan, analogi dia macam ni...

Contohnya kalau kita sesat dalam rumah yang ada beratus pintu...kita dah cuba 99 pintu..tapi masih belum bertemu jalan keluar... perasaan kita pada masa tu mungkin nak give up atau tunggu je lah sampai ada orang datang selamatkan kita.  Pernah tak kita terfikir...mungkin perancangan Allah, nak temukan kita dengan jalan keluar pada pintu ke 101?

Jadi moralnya, kalau tentang usaha...janganlah kita cepat mengalah atau putus asa.  Kita cuba sampai dapat apa yang kita nak tu.  Kalau tak dapat jugak then mungkin bukan rezeki kita. Tapi, kita boleh cakap dengan yakin yang kita dah usahakan semua...dari kita tertanya-tanya, kalau begitu atau begini...kan?

Sekian rapuan saya. 


p/s: If you stumble, make it part of your dance ~ thanx Atie Rs :)

Thursday, December 16, 2010

Makan-makan...

Gambar ehsan Cik Radhi...

Sekadar kesinambungan kepada entry makan-makan cik patunghujan.  Cik Paejah, Ipoh pun banyak makanan best, yang saya tak pasan pun ke'best'annya dulu.  Contohnya, nasi goreng udang kat atas ni. Tempat sasaran adalah Clock Tower aka Medan Dato' Sagor Ipoh...kadang-kadang orang kata 'kubang loyer'..sangat hampeh.

Nasik ni memang sangat simple rupa dia. Rasa dia pun sangat humble. Tapi bila dah makan sekali akan teringat-ringat jua adanya.  Kiranya tak perlu susah payah la masak nasik ni, ia sedap seadanya :)
So Cik Paejah, ada rezeki datang Ipoh lagi...moh kite!!

p/s: jugak khas untuk kawan yang tak dapat di'tag' di fesbuk :)