Sunday, November 21, 2010

Turning 32...

First and foremost, thank you Allah sebab bagi saya 32 tahun nikmat nyawa. Allah bagi saya peluang untuk buat banyak benda dalam 32 tahun ni. Syukur.

Masa saya nak jejak umor 30, saya ada beli buku..tajuknye 'Turning 30'.. Malangnya sampai sekarang, saya belum habis baca buku tu.  Suka untuk saya anggap, saya belum masuk 30 lagi. Boleh camtu? 

Sebagai mengenang pertambahan umur saya ni, saya kenang-kenang balik...saya ada banyak mende yang terbengkalai.  Buku-buku yang tak habis baca..manik-manik yang tak siap jahit...baju-baju yang tak sempat siap...itu baru benda-benda kecik.  Belum lagi menda besar...Camne?

Kalau nak diikutkan, Allah bagi banyak peluang..cukup banyak. Tapi saya selalu sia-siakan.  Kalau itu satu dosa..banyak dosa saya ni sebab lepaskan peluang je.  

So sekarang, as I am a year older and a year wiser...saya harap saya takkan ulang silap yang sama. Hajat di hati saya, saya dapat ubah perkara-perkara negative dalam diri saya ni.  

Kat sini saya nak ucapkan terima kasih kepada semua ucap selamat di hari lahir saya ni.  Semua doa-doa, dan semua ucapan ini saya harap cukup untuk jadi booster untuk saya sampai 21 November tahun depan. Amin.


Saturday, November 20, 2010

Pak Cik Hassin

Al-fatihah.

Bila saya dapat sms Jie tengah hari tu, saya dah rasa tak sedap hati.
Bila saya dapat call Jie malam tu, saya dah tau sebelum saya jawab telefon tu.
Sedih saya sama, walaupun mungkin tak sedalam sedih ko, Jie.

Saya pernah melalui, saya pun pernah mengalami.
Bila ayah saya pergi dulu, saya rasa separuh diri saya pun hilang.
Saya yakin, sekarang ko pun rasa macam tu.

Saya tak pandai nak cakap bila saya depan ko.
Saya minta maaf sebab saya tak pandai nak tenangkan hati ko.
Saya mintak maaf sebab saya tak boleh nak tunjuk kuat depan ko.

Tak pe lah Jie, Allah lebih sayangkan arwah.
Jangan sedih..Allah akan tempatkan arwah ditempat orang beriman.
Masa saya tengok arwah, saya nampak dia sangat tenang.
Dia macam senyum.  
Saya rasa dia nampak lebih tenang berbanding tidur dia semasa hayatnya.

Sejak kita berkawan baik,
sejak ayah ko bubuh lauk dalam pinggan saya dulu,
saya dah anggap ayah ko macam ayah saya.
Sekarang situasi kita sama..
Sedih ko sedih saya jugak.
Bila-bila masa ko perlukan saya, ko cakap je.
Apa-apa je kalau saya mampu.

Semoga Allahyarham Pak Cik Hassin tenang di sana...Al-fatihah.

Maaf sebab sy tulis kat sini. Nak cakap tk terluah, nak sms terlalu panjang. Sy tau ko akan baca ni nanti.

Friday, November 19, 2010

Saya rindu...

pokok kaktus berlapan saya di Flat Digi..
harap semua mampu hidup tanpa jagaan sepenuhnya...

harap betul kata si patunghujan...
adapun di padang pasir yang kering kontang
tetap hidup juga mereka...

maafkan saya...
si tuan yang mudah alpa.

tunggu saya balik..
jangan kecewakan saya.


Tuesday, November 16, 2010

Feeling like this...

I never know that it would feel like this...
when somebody not related to you 
by blood...
said something...
that touches your heart.

Simple and plain...
From a true friend, I guess.

That simple, "I'll watch your back. Don't worry".
Made my day.  
You never know how much it means to me.
Thanx.

Sunday, November 14, 2010

Akhirnya, saya jumpa dia...

I've been searching and looking high and low for it. Its been continuing for quite sometime but to no avail. So I stopped searching. And when I was just about to forget it, suddenly... it appeared before me..once again.  I am happy to take you again.  More than happy.  The one with me right now, is not as perfect as you.  But, we are coping.

Nonetheless, for the sake of old time...I choose you.  But now I realise we are not the same again.  You have gone your way, and I have moved on.  To continue using you, would cause headache to me. So, we have to go separate way again.  I need to see the optician now. May be my sight is getting worse. I need to check the power.  Sorry Dear. 

p/s:  apalah ertinya jumpa spek fevret , kalau power dah tak sama lagi kan? apalah pulak ertinya kalau jumpa kawan lama kalau status dia dah tak sama lagi kan? 

With the past, I have nothing to do; nor with the future.  I live now.  ~Ralph Waldo Emerson

Thursday, November 11, 2010

Trailer jek.. :)

Saya bersiaran [masih] di Flat Digi..walaupun tanpa rakan sekutu a.k.a partner in crime a.k.a duet partner saya.  Agak sunyi rumah ni...kalo beliau ada, haruslah bising kerana selain suara beliau sendiri yang agak tensen untuk di dengar, beliau suka bukak tv kuat-kuat...pasang radio...dan juga bukak video ntah pape kat cik lappy beliau. Owhh..tidak lupa juga, dikir barat dan lagu alih bahasa kelantan kegemaran beliau.. arghhh..sgt menensenkan!

Tapi saya bukan nak cite pasal Hang Tu itu hari ni..hehehe. Saya nak cakap, saya ada banyak mende yang saya nak cakap, tapi tak terluahkan.  Saya ada banyak mende nak tulis, tapi tak tertaipkan.  Saya ada banyak mende nak buat, tapi tak terdaya.  

So esok bila saya dah pulang ke kampung halaman, saya akan buat satu persatu. Dalam fikiran saya, ada banyak bab untuk diblogkan.  Kisah sepanjang tahun.  Ada yang saya mula dengan suka..berakhir dengan tiada rasa.  Ada yang pada asalnya pada saya bukan siapa-siapa, sekarang saya lebih suka dia.  Ada ramai yang dari mula saya suka, sampai sekarang pun saya suka.  Kisah kami di sini. Suka dan duka.  Nanti ye. Ini cuma trailer saje. :P

Things that were hard to bear are sweet to remember.  ~Seneca