Wednesday, September 29, 2010

In this moment of silence...

For those who know me, they know...silence is not my thing.  I might say, I am a very vocal person.  When I am not comfortable with anything, I ask. I just don't keep quiet and pondering over and over about it.  But somehow, these days...more often than not..the remarks that I've got are worrying me.

People now viewed me as someone who has no saying.  Or rather i choose not to say anything about it when they expect me to.  I don't know why, but i think its more than 3-4 times i heard this "Zira tau, tapi saje buat tak tau".  Yes, and the next thing I know, I am labelled as "the insensitive one".  And yes again, I know this label is not totally baseless.  It is somehow or rather bring some weight.  It was one of the things that my supervisor and mentor brought up during their observations.  So I take it that I might be not that sensitive towards what is happening around me sometimes. BUT. Yesss..there is a big but there.

There may be two or more situations that I was not fully aware of and so I did not handle it to the best of my ability but believe it, more often than not I chose NOT to.  I choose not to think about it so much.  I choose not to talk about it.  I choose to ignore it.  I choose to close my eyes and ears.  I just prayed my SILENT prayer.

So, i think i need to put this straight.  Bila saya diam, tak bermakna saya tak tau apa yang berlaku disekeliling saya. Bila saya nampak macam tak nampak, maknanya saya pilih untuk tidak melihatnya. Itu saje. 


And to my dear readers, if you think that there must be some occurrences that initiated this entry...please erase that okeh.  Thats not the case. Ini adalah kesan pemikiran jangka panjang...bukan entry lepas perasaan. So, in this moment of silence, lets us............................


You hesitate to stab me with a word, and know not - silence is the sharper sword.  ~Samuel Johnson

Tuesday, September 28, 2010

Just for the record...






Makin banyak keje, makin banyak la aku buat gaya macam orang tak de keje.  Tadi tengok berita..aku rasa ramai la lawyer lawyer tengah panas b***** skang...hehe.

Saje-saje tak de keje, aku bukak web Bar..ini yang aku jumpa..huhu.. Tak tau nak kata ape..simpan je untuk kenangan. 

Azmira

Note:  Entry lapuk sikit..hehe (sile baca dalam mode flashback)


First of all, thank you Allah sebab beri peluang untuk saya habiskan praktikum.  Walau apa pun resultnya nanti, saya bersyukur.  Sebelum habis skul semalam, jumpa Puan Seah...guru pembimbing saya yang memang banyak membimbing.  Cakap terima kasih pada dia. I did mention, "I start from scratch" and she nodded. Hehe, betulla tu. Dari tak tau ape-ape, 0 la kira. Dia yang banyak bagi tunjuk ajar. Ilmu mengajar orang dewasa 3 tahun setengah atau 6 semester memang tak leh digunapakai untuk kanak-kanak sekolah rendah.. itu ilmu pertama saya belajar.

Yang kat atas tu mukaddimah je, entry kali ni pasal murid favourite saya... :)  AZMIRA
Shamree panggil dia Ms. Tan kecik.. sebab dia macam Ms Tan, Guru Besar skolah tu yang suka meronda-ronda kelas.  

Azmiralah orangnya yg kasi pening kepala saya awal-awal dulu...dia suka tido dalam kelas. Bila saya tanya kenapa tido, dia cakap "I'm sleepy teacher". Fair enough rite? When u r sleepy, you sleep. Takkan teacher nak tanya lagi. So, I let her sleep. Haha.

Azmiralah jugak yang berani angkat handbag saya.  Disaat orang-orang lain sibuk nak amik buku dan ABM lain, Azmira terus angkat handbag je. Dia tak main la ngan buku-buku sume ni.  Sempoi kepala budak nih..Haha.

Dalam seminggu tu, saya cuma nampak dia beberapa hari je. Dia suka ponteng sekolah.  Tapi bila dia datang balik, dia boleh catch up and in fact dia lagi advance dari semua yang ada dalam kelas tu. Sebab tu saya suka ngan dia.  Dia ibarat penyelamat la dalam kelas saya.  Agak-agak dah tak ada sesiapa boleh nak jawab, saya akan panggil dia..sure dapat jawab punya :)

Disebabkan selalu sangat panggil dia, saya rasa tak elok untuk yang lain.  Lama-lama saya kurangkan panggil dia..lepas tu, dia selalu muncung. Merajuk la agaknya saya dah tak panggil dia. Kesian jugak dalam kes camni...mangsa diskriminasi sbb disukai..bukan sebab x suka.. haishh.


Ckp byk pun tak guna..meh kita tengok muke si tuan punya badan..cute giles. :)


Gambar ehsan Cikgu Arman :)

Sunday, September 26, 2010

Random II

Terlalu banyak benda nak cakap..nak tulis..tapi tak terluahkan.  Briefly, nak cite pasal... 


pasal praktikum...
pasal fevret student yg buat kita terkenang-kenang kat dia..
pasal tour raya dengan kawan yang dh 15 tahun tak jumpa...
pasal janji melayu ngan janji cina...


Ok, yang last ni aku nak komen sikit.  Buat masa ni, aku tengah berjanji dengan diri sendiri..apa-apa nanti silalah ingat kalau berjanji ngan melayu.  Untuk kerja-kerja tukang, tok sah cari orang melayu. That's it.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
BENGANG!!

Wednesday, September 22, 2010

Random...

Minggu ni macam cepat je berlalu kan? Duduk tak duduk, esok dah hari khamis.  Lusa dah jumaat..pastu dah habis praktikum.  Perasaan? Susah nak bayangkan but anyhow, I'm glad its over.  Tahun depan dah jadi cikgu betul. 

Bila fikir-fikir balik, perjalanan hidup aku ni agak lawak.  Masa aku buat chambering dulu...aku ingat aku akan jadi lawyer sampai tua.. Malah, siap berangan dengan kazen-kazen (dan juge insan-insan tertentu), nanti kalo ade rezeki kawin dan ada anak, bila cikgu tanya anak, mak keje ape, anak aku (ni mode future tense nih) akan jawab "Mak saya lawyer"..pastu kazen aku cakap, sure cikgu tu tak berani nak lebih kurang (ye ke?)

Siapa tahu, rupanya aku akan jadi cikgu yang bertanya tu..hahaha! Sungguh irony ek? Tapi no regret pun. Mak tak lawyer, kalo ayah lawyer pun ok kot.. :)

Rasanya kerjaya cikgu ni makin dekat di hati aku.  Kata member praktikum, aku kena senyum lebih.  Tak leh serius sangat.  Nanti lah aku decide nak jadi cikgu yang macam mana. Kekal ke tak dalam bidang ni, aku pun tak leh nak jamin...aku suka jadi cikgu...cuma aku tak suka budaya kerja cikgu. Setakat ni la..mana tau nanti kalo aku dah adapt, aku rasa ok pulak..who knows.

Akhir sekali, kat sini saya nak amik kesempatan, nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu sepanjang praktikum ni...Faezah, Da, Sue, Am..dan sume la.  Jasa korang akan saya kenang wpun saya dah jadi Ketua Pengarah JPN nnt..hahaha...

Sunday, September 19, 2010

Gundah Gulana...

Esok nak balik Penang. Pukul 4.15 pagi dah nak gerak.  Bukan tak biasa.  Selalu aku pergi dan aku balik semula pada hari yang sama.  Ini nak tinggal mak.  Sorang-sorang kat umah ni. Perasaan tok sah cite. Cepat lah habis sume ni. Kesian tengok Mak.  Kalau aku tak masuk KPLI, Mak dah selesa kat umah dia ni.  Ini tak, dah makin berumur, makin pulak kena pindah randah umah anak sana sini..haish.

Tadi kawan Mak datang beraya.. sembang punya sembang Mak Cik tu kata..."Sekarang ni tak pe la, nanti habis belajar boleh balik sini kalo dapat.. Kalo kamu kawin nanti Mak macam mana? Samalah jugaknye, nak kena tinggal!"  Aku jawab, saya bawak je.  Mak Cik tu kata lagi.. "Hah ye lah! semoga berjaya". Aik?! Ingat tak de ke? So skang, kate kazen aku tadi, misinya cari yang boleh kata, "Mak awak, Mak saya juge". Hehe.. Ada?

Friday, September 17, 2010

Kenapa orang tulis blog?

Amaran: Entry ni mungkin panjang. Jangan kata aku tak kasi amaran.

Aku tak tau pasal orang lain, tapi aku tulis blog untuk 'simpan' perkara-perkara yang aku rasa aku nak ingat sampai bila-bila.  Menda-menda yang aku nak recall balik bila dah tua-tua nanti. Asalnya untuk aku sorang je baca...tapi seronok jugak kalau ada komen dari kawan-kawan kita..orang-orang yang singgah dalam perjalanan hidup kita.  Sebab tu aku bukak [sedikit] untuk bacaan umum [yang terhad].  

Hasil dari 'blogwalking' aku selama ni, aku tengok orang tulis blog atas banyak sebab.  Antaranya;

1.  Suka menulis
2.  Luahan rasa
3.  Duit/income 
4.  Test market
5.  Sebagai senjata

Aku malas nak kupas satu persatu, korang pun tau rasanya sebab korang pun, kalau takde blog..dah tentulah pembaca blog. Tapi aku nak cakap pasal setback setiap satu sebab di atas. Secara ringkasnya apa yang aku nak cakap ni adalah...walau apapun sebab kita tulis blog...jangan ada benda-benda ni....

1.   Kalau korang tulis blog sebab suka menulis..rasanya tak perlu la kot nak update blog tu setiap 15 minit sekali.  Sekali sekala tu tak pe laaa...sebab ada orang tu pun kalau dia bosan tahap gaban, sehari 3 entry dia boleh kasi. Sekali sekala boleh la ampun.  Tapi kalau hari-hari?  Kira macam defeat the purpose la.. kalo Faizal Tahir buat camtu pun, lom tentu aku akan baca semua. 

2.  Kalau kita menulis untuk luahan rasa, simpan la sikit untuk diri sendiri kot.  Terutama blog yang semua orang boleh baca. Ada orang tak kisah berkongsi perasaan tapi jangan sampai kita jadi macam ikan dalam akuarium...yang semua orang boleh tonton dan nampak setiap pergerakannya.  Tak elok untuk diri sendiri.. Bukan semua orang ikhlas perbuatannya.  Sekadar beringat.

3.  Andai kita buat untuk duit, tak perlulah nak cakap terang-terangan.  Ini pengalaman sendiri...terjumpa blog yang ownernya beria-ia maintain post dan sentiasa memastikan reader tak lari..sebab nak maintain income dan dia berterus terang tentangnya.  Dia jujur. Bagus.  Tapi jangan kerap sangat ulang sampai dah tak nampak indah hasil tulisan dalam blog tu.  Kalau semua orang macam Azira, tak lama blog tu sure bungkus.

4.  Test Market, ni pun lebih kurang la..untuk income gak.  Tapi kalau blog tu memang dibuat untuk tujuan marketing then ok la...aku pun tak nak komen apa. 

5.  Yang last ni yang aku nak cite panjang sikit.  Pernah dengar orang kata kadang-kadang mata pena lebih tajam dari mata pisau?  Haaa..ni la bendanya.  Cuma skang tak payah tulis pakai pen..tekan je keyboard.  Tapi hasilnya sama.  Ada orang yang suka guna blog ikut konsep tuju-tuju.  Menulis untuk menujukan sesuatu. Kena pulak tulis tu time dia tengah marah, ayat sure berapi.  Yang kena tuju sure la berasapkan?  Bila benda tuju atas angin ni, hasilnya mungkin tak seindah yang kita jangka.  

Jadinya elakkanlah post-post yang berunsur kebencian, perli-perli, tak puas hati dan sebagainya. Kata civilised people, then act like one la kan?  Tak puas hati, pegi jumpa tanya sebijik.  Kan senang.  Ini tuju-tuju je kat blog, nanti ramai lak yang perasan.. dia ni kata aku ke ni? Especially, yang baca blog tu kawan-kawan je.

Perkara ni pun terpakai jugak untuk post-post kat facebook ke, twitter ke and sume yang berunsur macam ni.  Biarlah orang kata kita vain sebab asyik post pasal diri sendiri...asalkan tak kacau orang.  Oh ye, aku tak tujukan ini pada sesiapa yek.

Dah panjang sangat ni, rasanya cam keluar tajuk pun ada.  Asalnye kan nak cerita pasal Tatacara Berblog.  Tapi aku sebagai insan biasa ni rasa...nak tulis blog ni senang je...kita jangan buat apa yang kita tak suka kt blog orang di blog kita.  Contoh: Tak suka nak baca entry panjang-panjang? Jangan tulis post panjang.  Ini untuk orang yang nak maintain reader la. Macam aku, andai nanti satu hari korang (yee..korang laa) dah tak nak baca, aku leh paksa je soh korang baca.  Tak yah nak pikir camne nak tarik minat pembaca. Hehehe.

Note:  Pasni nak cerita pasal adab pembaca blog pulak. Kalo rajin.


This is just my 2 cents.