Sunday, April 28, 2013

Sekadar pendapat sahaja...

Assalamualaikum. Macam kekok nak menulis ni sebab dah lama tak merapu dalam ni. Hidup kebelakangan ni sangat rutin dan tak ada benda menarik yang berbaloi untuk ditulis.  

Dalam hidup yang rutin tu, benda yang akhir-akhir ni menjadi lebih rutin adalah post-post di Facebook tentang PRU 13.  Kedua-dua belah pihak masing-masing nak tegakkan pihak sendiri. Aku malas nak campurlah part tu sebab undi pun rahsia. Aku puji atau kutuk mana-mana pihak pun, tak ada sesiapa yang tahu, at the end of the day aku undi siapa. Hanya aku dan Dia yang maha tahu. SPR la kot, selain tu.  Tu pun kalau dorang amik port undi kita satu-satu.

Yang aku nak cerita ni pasal integriti.  Jadi, nak tak nak entry ni nanti akan berbaur politik. Walaupun aku bosan nak baca pasal politik, tapi aku tetibe rasa nak tulis jugak pasal ni. Siapa yang rasa tak boleh berlapang dada bila baca ni, sila hentikan pembacaan (bajet macam ramai bona yang baca..haish). Anyway, kalau pun ada satu dua tiga jiwa yang akan membaca, message nye sama. Kalau tak boleh berlapang dada, gi main jauh-jauh.. hehe. Lagi satu post ni panjang. Read at your own risk.

So INTEGRITI. Meh aku bagi maksud integriti ni. Antara lain maksudnya, sifat jati diri yang termasuklah keikhlasan, kejujuran, telus, amanah, keterbukaan dan benar dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Jadi aku nak sentuh pasal integriti ni dari tiga sudut sahaja. Aku pun bukan arif benar. Ini cuma pemerhatian daif aku.

Yang pertama, berapa orang yang share dalam Facebook atau mana-mana laman sosial yang lain yang akan cek dulu kesahihan cerita sebelum tekan butang 'share'? Button 'Like' lagi aku malas nak cerita. Senang perabih nak 'Like' apa-apa cerita pun. So tekan jelah. Aku pun sama.  Aku menyampah tengok dua tiga orang post mende yang sama yang tak tau sahih ke tidak masuk dalam news feed aku. Serabut. Aku kan curious so aku akan terasa nak baca. Kalau mende tak betul, aku pun terjebak baca fitnah. Tak suke.

Yang kedua, pasal BR1M (dan macam-macam BB1 yang lain) This might sound bias. But believe me, aku dah cuba melihat perkara ni dari sudut lain. Tapi kesimpulan aku sama je. Aku terjumpa, banyak yang cakap ini duit kita (read: rakyat). Dah orang bagi amik je la. No obligation pun nak pangkah parti orang yang bagi tu. Betul, aku setuju. Tapi, kalau kau dah terang-terang cakap kau takkan pangkah, kau cuma amik sebab itu hak kau dan mendabik dada tentang itu. Pada aku itu tak de integriti. Pada aku simple, kalau aku tak suka dan aku pulak dah sah-sah tau duit tu untuk membeli jiwa aku...aku takkan ambik. Dan kau pun cakap duit tu tak banyak kan. Lebih kurang RM1.30 je sehari. Simple maths. Tapi sanggup pulak beratur panjang. Nak amik RM500 tu. Deyyy..aku memang tak paham. Duit kita? Yang layak dapat tu semua tak bayar income tax pun. Duit kita? Duit orang yang bayar income tax tu memang ye. Tapi negara ni tak payah bayar expenses lain ke? Cukup duit tax payer tu nak cover semua? Siap ada lebih nak bagi rakyat jelata. Yang corrupt tu pun ada. Sume orang macam dah tau, so tak payah cerita sini. Buat semak je.

Yang ketiga, calon-calon yang bertanding. Ada orang kata, pilih parti. Jangan pilih calon. Tapi pada aku, aku akan tengok calon dulu. Adakah calon yang kita nak pilih untuk mewakili kita tu berintegriti? Jangan nanti kita persoalkan dia bila dia tak buat kerja. Lebih baik kita persoalkan sekarang. Sebelum tu, aku persoalkan jugak integriti aku. Aku hidup dalam arus perdana. Semua perdana, tv perdana, suratkhabar perdana bla bla bla. Bila aku pilih ni, adakah untuk kesenangan di sini atau di sana (nanti).  Semoga Allah memberkati kita semua. Amin.

p/s: An army of sheep led by a lion is better than an army of lions led by a sheep.




Sunday, March 3, 2013

Duck face...

Sekarang ni kita tengah bersedih dan bersimpati dengan kehilangan dua anggota polis dalam insiden di Lahad Datu. Lebih menyedihkan bila ada pihak yang buat macam kehilangan ini tidak bermakna. Konspirasi dan macam-macam spekulasi. Malas nak cerita panjang, cuma lebih berharap semua rakyat Malaysia akan bersatu hati dalam mendoakan keselamatan negara dan petugas-petugas kita di sana. Amin.

Cuma, seronok tengok post di FB yang dalam kekalutan orang membicarakan itu dan ini...post muka duck face and makan-makan tetap jugak ada.  Seronok kalau kita boleh hidup simple macam tu. Buat muka duck face like nobody business. Haha 

Apa motif post ni? Tak paham pasal apa orang buat muka macam tu.

Monday, January 28, 2013

Short recap...

Rasanya sebelum tulis entry tahun 2013, mesti tutup dulu tahun 2012.

So, tahun 2012 marked many happenings in my ordinary life.  Tahun 2012, saya berjaya kurangkan apa yang saya nak kurangkan dah lama, tapi tak berjaya. Alhamdulillah, berjaya kurangkan 10kg dan menurunkan beberapa size seluar dan baju. Harap boleh kekalkan sampai bila-bila.

Tahun 2012, saya berpisah dengan Bumblebee (walaupun dia bukan berwarna kuning lagi).  Tak bersama lagi, tapi bukan terpisah terus. Sebab sekarang Bumblebee di Penang. Saya dah bagi Bumblebee sorang kawan baru. Sekarang ada addition to 7664 family :)

Saya rasa kulit muka saya pun dah bertambah baik. Tapi belum kembali ke asal sepenuhnya. Harap 2013 will be good enough dan kembalikan kulit asal saya.

Kesedaran nak hidup secara aktif juga saya acquire dalam tahun 2012. Alhamdulillah dan in shaa Allah, harap boleh maintain healthy life style macam ni sampai bila-bila. Amin.

That's about it. Short recap of tahun 2012. Harap tahun 2013 ini membawa lebih kebaikan kepada saya dan kita semua. Semoga kita sama-sama teruskan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Amin.

Thursday, December 20, 2012

Hujung..

2012 dah tinggal hujung-hujung. Banyak benda yang berlaku tahun ni. Dan tahun 2012 marks satu perubahan besar dalam hidup seorang Azira.  Tapi belum sampai time untuk buat post khas Recap 2012. Nanti betul-betul malam tahun baru lah kita post. Kalau rajin. Post ni saja je gatal tangan nak menaip walaupun bateri dah tinggal 8%. Sekian.

Tuesday, October 16, 2012

Kek Batik Cikgu Maimon...

Yesterday was hectic. Not to mention, pathetic.

Why?

We had a mini feast today. Makan-makan to celebrate Year 6 pupils. Sempena dah habis exam and akan mengakhiri zaman budak sekolah rendah mereka.  So, yesterday...

I thought of making a Kek Batik for them. I still remember, Cikgu Maimom made one for us when I was in Year 6. I still remember the taste. It was a new recipe then, I guess. So, that was the first time I tasted Kek Batik. Memang sedap, teringat-ingat sampai bertahun hinggalah yours truly pandai buat sendiri.

So, I went to Gmart to buy the ingredients. Malangnya, terjelepuk pulak jatuh kat depan majlis tu. Haish. Memang bikin malu. Jadinya, cepat-cepat beli dan cepat-cepat balik.

Last night pulak, ada tuition. Finished at 10pm or so. Masih belum buat lagi Kek Batik. Whatsapp dengan GGG, dorang nak jugak kek batik tu. So, pukul 11.30 malam baru start masak and completed everything at 12.30 camtu.

Agak penat, but it worth. Sebab dapat teruskan tradisi Cikgu Maimon walaupun tak lah sesedap kek Cikgu Maimon tu :)

Entry ni macam tak de tujuan kan? Haha



Wednesday, August 8, 2012

Blessing in disguise...

Gemas is just a small town. We don't have big shopping mall. Not even a Billion or Giant. But it's such a nice place to live in. 

Gemas has taught me so many things. Little things that I don't learn in Uni. It teaches me small details of life.  I used to order things, I used to call for delivery. Life was so convenient those days.  So convenience that it became bad. I gained 15kg during my 9 months pupillage.  Thanx to McDelivery.

Having said that, now that I am living in Gemas I don't eat McD as much as I did when I was in Ipoh. I don't eat Carbonara every 7th day of the month as I used to. I don't treat myself with food anymore. Not fast food at least.

So, what's the blessing? Where's the disguise? 

Simple.

Gemas has taught me the beauty of home made food.

when I feel like eating McD Apple Pie, I dice the apple and cook it. When I feel like eating Carbonara, I bought Prego and cook it. It's that simple. Haha. Save money if not time.

Thanx Gemas. Without you, I would still buy apple pie. Now, I can do apple jam. I love you Gemas.

Lots of love,
Apple Pie Lover.