Saturday, November 12, 2011

Tak tau nak letak tajuk ape :P

This entry is gonna be self-centered one. Kindly continue reading if you think you can bear that. But please leave if you think you gonna be annoyed. Jangan cakap wa tak kasi warning ;)

I just got to know that I was removed from a friend's fb friend list.  The best part was, I did not know when or why was I removed. Its not like I mind. In fact, if not for my friend, I would not know that just yet.  

The reason I'm writing this is not to express my disappointment or sorrow; for that matter. Removing friend is absolutely normal to me. I do that every now and then. I keep only people who matter to me in my friend list. Poyo it might sound but for me, its totally pointless to keep people who add you as their friend and leave you there with nothing. Not even single 'hi' or even a 'poke'. Friend to me is when you communicate. No matter how often or how 'jarang'. But you do communicate. I don't keep 'sleeping' friends in my list. Sorry and please be informed.

Er..the above paragraph is just to show that I'm okay with friend list 'spring cleaning'. 

So when this one friend 'remove' me, I think I might have done something to him. Something that he can no longer tolerate.  And then I realised, it was not something I did.. But to the contrary, it was something I did not do (more like something that I refuse to do, and I play *amn stupid about it). Funny isn't it? When you can annoy people by simply refusing to interfere doing nothing.

Now we come to the gist of this entry, when I discuss this with a dear friend of mine, she happily highlighted that its not like I have not encountered this kind of situation before. She reminded me on how people got annoyed just by having to see me doing nothing. [Contohnya; Yours truly duduk melepak-lepak tak baca buku tak buat assignment pun orang sakit hati tengok, kalau dok baca buku sokmo..lagilah sakit hati kot)

In other words, it does not matter...even if I decide not to interfere OR when I decide to get involve, people can still get annoyed. Ironically, I thought I was doing a good deed for not interfering. Kita ingat kita tak kacau orang pun dah cukup baik.

Come to think of it, I guess it is just so natural to me. I can annoy people effortlessly. I'm so sorry. My bad. ;)

p/s: macam celaru sangat entry ni kan?

Thursday, November 10, 2011

Haish....

Petang tadi, saya pergi berjumpa seorang kawan. Disebabkan tak de kedai makan untuk duduk dan borak-borak, maka kami bersembang sambil berjalan. Sembang punya sembang tak sedar kami sampai kat satu jambatan.  Tengah syok-syok sembang, tak sedar tali handbag terputus. Tiba-tiba je sedar, handbag dah terjun dalam air.

Tiba-tiba lagi, ada seorang hamba Allah ikut terjun dalam air untuk ambik handbag saya. Beliau berjaya mendapatkan handbag saya itu. Saya terpempan, tak tahu nak cakap apa. Bila dah naik atas balik, dia bagi handbag saya..lepas tu dia pengsan.

Atas dasar kemanusiaan, saya hantar dia balik ke rumah. Sampai kat rumah, family dia punya la ramai. Sangat ramah tamah semuanya...sempatlah kami sembang-sembang. Tak lama tu, hamba Allah tadi pun recover lah dari pengsannya.

Kemudian saya realise, sweet jugak mamat ni...macam knight in shining armour.  Muka manis, sopan santun, tinggi, gelap sikit dan yang penting sanggup bersusah payah untuk orang yang dia tak kenal pun.  Dalam hati saya nekad, saya nak menebalkan muka mintak nombor telefon dia. Entah kenapa, terasa macam dah kenal lama. 

Tengah syok-syok sembang, tetiba saya terdengar mak dia panggil makan. Makin lama makin kuat. "Ira, kamu tak nak makan ke?" Saya pelik, suara mak dia sangat iras dengan suara mak saya. Then saya dengar pinggan mangkuk diletak atas meja. Pastu, saya dengar "tak nak makan dah la". Sah mak saya. Bukan mak dia.

Mak, lain kali kalau nak kejut akak makan...mak tengok la timing. Tak sempat akak amik nomo tepon dia. Uwaaaa....

Moral: Jangan tido petang.

Wednesday, November 9, 2011

Craving and junkie...

Craving for cakes, pudding and all sorts of things that I find hard to find here. Junkie refers to addiction to malay drama. Complete package to confirm that I am sooo d*** free these days.

When you are all busy with work, part time job and family matter you won't find yourself craving for food so often. So often that you have not finished the last dish/recipe you prepare. Owh, you have to prepare yourself as you can't buy them here. Its like craving for one after another. Good. Good for you. Diet? Not in my dictionary. Dush!!

Drama? If killing time is an offence, then I would be charged with First Degree Murder. For killing so much time. Watching drama is such a clear evidence that you have so much time to waste. So much that you have to kill them. And I'm guilty as charged. 

I'm officially a junkie after a hattrick. Junkie and hattrick, both for drama. Again, good for me.

Or, shall I say tv junkie? I even wake up early on weekends just to watch Young Justice.




Pic from Google.
My justification for using the word junkie...

I find it annoying to rush things just to be back home before 7. [Before the drama starts, thats it]. 
So much so, I cannot help it. I use whatever possible way to make sure that I watch the drama.
That makes one a junkie right?

Friday, November 4, 2011

Minangkabau dan lembu...

Siapa nak tahu asal usul MINANGKABAU? Atau semua orang dah tau kecuali yang dok menulis ni?

Tahukah anda yang perkataan MINANGKABAU itu berasal dari perkataan "Menang Kerbau"?  Mengikut hikayatnya, dulu ada Tanah Melayu telah bertelingkah dengan satu negara jiran. Dan bagi meleraikan pertelingkahan tu satu pertandingan lawan kerbau telah dijalankan (sukan sebagai penjalin hubungan dua hala..dulu-dulu lagi orang dah buat).

So, dipendekkan cerita negara jiran menghantar seekor kerbau yang besar, kuat dan ganas. Manakala, Tanah Melayu telah menghantar seekor anak kerbau yang lapar yang tanduknya telah ditajamkan.  

Dipendekkan cerita lagi, kerbau yang besar tadi mengganggap anak kerbau ini tidak berdaya dan tidak mampu mencederakannya. Si anak kerbau tadi pula menyangkakan kerbau besar itu adalah ibunya lalu menerkam kerbau besar itu. Terkaman itu membawa rebah si kerbau besar. The rest is history.

Perkataan 'menang kerbau' lama kelamaan bertukar menjadi 'minangkabau' yang saya rasa mungkin mengikut loghat setempat.  Dari cerita ini jugalah, terhasilnya bumbung minangkabau yang diilhamkan dari tanduk kerbau itu sendiri.

Pada saya menariknya cerita rakyat ni bukan sekadar atas uniknya sahaja. Tetapi, lebih kepada betapa...jika kita salah menduga kekuatan lawan kita, padahnya mungkin tak mampu kita tanggung. Maka eloklah tidak memandang rendah keupayaan orang, walaupun pada luarannya dia tidak nampak hebat.

Yang kedua, cerita minangkabau ini terkesan dihati saya sebab...pada cara saya memahami cerita ini...saya rasa si anak kerbau tidak berniat mencederakan si kerbau besar. Dia menerkam atas dasar rindu kepada ibunya dan dia sedang lapar. Itu cuma reaksi biasa binatang lapar yang dipisahkan dari ibunya. 

Yang bersalah di dalam cerita ini adalah pihak ketiga yang menajamkan tanduk si anak kerbau. Seakan-akan menangguk di air keruh. Dalam keadaan sedar dan tahu yang si anak kerbau ini akan menerkam si kerbau besar, mereka telah menajamkan tanduknya...(of course la kan, sebab depa nak menang!) 

Moral yang saya dapat dari cerita minangkabau ni, seperti yang saya tulis kat atas ni lah. Nampak tak, at the end of the day...the one with brain won. Badan yang besar dan gagah belum tentu mampu mengalahkan lawan. Err..I might say, lagi satu moral dia, jangan main-main dengan orang kerbau yang lapar! :)

Cerita ni saya baca semasa saya melawat Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah. Kepada yang berkunjung ke Negeri Sembilan dan berkesempatan melawat, eloklah pergi..banyak yang menarik ada di sana.

Malam tu, kami pergi berjalan malam pulak...malangnya ditengah jalan kami terserempak dengan sekumpulan besar lembu. Yours truly telah lari menyorok di balik tiang letrik bila kumpulan lembu itu menyerbu ke arah dia sebab masih teringat-ingat cerita anak kerbau lapar. Siapa buleh jamin lembu-lembu tu dah kenyang kan? Saat yang sangat mencemaskan lagi memalukan. Not worth writing. Chait.

P/s: Masa dah turun dr Istana Lama, pak cik penjaga istana tanya...kamar beradu utama katilnya kemas tak? Sebab ada cerita, kadang-kadang katil itu nampak seakan-akan...maleh nk tulis. Skang kol 12.04 tgh malam.

Monday, October 31, 2011

My being...

There are times when you just do not know your being.  Everything you do just don't seem right. You lost yourself. 

Then you start looking for yourself. The reason you being YOU. What are you? And the reason for you being there. Or here for that matter.

I think this is it. This is the time I lost myself. I just do not know where to start or how do I keep going.

So, I am going away for a while. Looking for myself. Hope I can conquer my being when I come back.

Till then, pen off.

Thursday, October 27, 2011

Buluh dan lalang...

"Kalau perlu pilih, antara buluh dan lalang...pilihlah buluh. Walaupun ada kemungkinan akan patah"

Semalam saya bersembang kat Facebook. Dengan sorang kawan lama saya...kawan lama as in dah lama kenal. Kawan saya ni terkenal dengan sikap suka play safe dia. Maksudnya, dia memang akan elakkan konfrontasi atau bising-bising ni. Pada saya, itu bagus. Tapi tak bagus kalau at the end of the day...orang akan nampak kita macam tak ada pendirian.

Kenapa saya cakap macam tu? Sebab, in the course of menjaga hati semua orang...dan avoiding taking sides...dia akan cakap "aku berkecuali", "aku hormat semua kawan-kawan aku" bla bla bla... Maknanya, dia mengelak dari menyatakan apa yang dia rasa dalam kes tu. Walaupun dalam kes yang terang dan nyata. 

Pada saya itu lalang. Dalam pada tak nak amik side, one should have their own opinion about the case. Tak perlu amik side pun. Tak perlu menyebelahi sesiapa. Cuma nyatakan apa yang benar atau apa yang sepatutnya. Cara orang normal dan waras berfikir. Mungkin not in favour of orang yang kita bercakap tu, maknanya tak menyebelahi dia..tapi disitu la letaknya nilai kita. Mampu tak kita bercakap, apa yang benar. Bukan apa yang orang nak dengar.

Saya rasa, kalau sifat ni ada pada lelaki...saya akan elakkan untuk bergantung harap pada dia. Lelaki pada saya, secara idealnya..perlu cepat bertindak, cekap membuat keputusan dan tetap hati. Lelaki yang terlalu berhati-hati, akan akhirnya nampak lambat bertindak dan seperti tidak berdaya. Pendapat saya saja.

So, at the end of the conversation...saya cakap dengan dia...jangan jadi lalang. Jadilah buluh yang cuma boleh lentur atau patah. Biar patah, dari jadi macam lalang, ditiup kiri kanan dan tak kemana akhirnya. Dia cakap, dia nak jadi buluh. Itu cerita malam semalam.

Cite belum habis...

Pagi tadi pulak, saya pergi sekolah...macam biasa akan ada je isu yang dibincangkan di staff room. Tetiba keluar pulak isu lalang. Sorang kakak ni cerita pasal betapa susahnya nak hapuskan lalang. Sebab, walau kita racun dan lalang tu mati...akar dia tetap hidup dan dia akan naik semula. Malah akan berkembang lebih biak dari sebelumnya.

Dalam hati saya fikir...perumpamaan lalang selalu yang tak best je. Tapi kalau tengok sifat lalang tu sendiri..ada yang bagus..walaupun tak elok untuk para petani. Lama saya fikir..dengan akar tunjang yang kuat..lalang tetap boleh ditiup ke kiri ke kanan. Apa gunanya kan? 

Jadi, habis fikir..saya rasa saya tetap dengan pendirian saya...kalau perlu pilih antara buluh dengan lalang. Pilihlah buluh. 

Gambar cedok kat Google


Thursday, October 20, 2011

Disconnected?

Why am I feeling soooo not connected with some people these days? Its like we are drifting apart. Was I so lost in my world and you were in your world?

What happened to us? Bz me and bz you.