Wednesday, February 16, 2011

Barca v Arsenal

Tengah malam ni ada match Barca vs Arsenal. Aku bukan layan sangat bola tapi, bila ada kawan cakap malam ni Barca lawan Arsenal...kotak fikiran aku tetiba buat 'flash back'. Tetiba balik ke 4-5 tahun lalu. Fikir-fikir balik, rasa lawak pulak. Bila betapa seorang aku yang tak berapa minat bola boleh berjaga malam hanya untuk mengejutkan seorang dia yang gila pasal bola. 

Sebab dia penyokong Barca, aku haruslah pada waktu itu sokong Arsenal...dia perasan dia tu Ronaldinho, aku pilih Arsenal sebab Thierry Henry. Aku, masa tu blom ada broadband bagai ni..sanggup tak pegi lunch sebab pinjam internet office untuk buat 'research' pasal Arsenal..and Barca for that matter. Haha, memang sanggup. 

Time match tu, disebabkan dah tau sikit highlight game..dengan menyibuknya aku pun jadi pengulas selari. Bila pikir-pikir balik sekarang, sure dia bengang nak melayan sms aku time tengah-tengah syok tengok game. Agaknya sebab nak jaga ati je dia layan time tu.. Memang lawak time lawan sms bila ada gol. 

Tapi itu cerita dulu...ingat dapat tengok bola sama-sama bila pencen. Tapi tak kesampaian. 2-3 tahun lepas aku masih simpan paper weight Barca yang aku beli untuk dia tapi tak sempat bagi. Skang dah hilang ntah mana.

Agaknya sebab jadi tukang kejut untuk satu tempoh yang agak lama, aku skang masih bangun untuk tengok bola kadang-kadang bila terasa teringin nak tengok. World Cup aku masih layan, liga-liga Malaysia aku masih tengok. 

Cuma sekarang aku dah tak sokong Arsenal lagi...simply because...Henry dah tak de...dia pun..





Tuesday, February 15, 2011

New addition =)

20110213-xx-xxxx

Fannani Aqil Athoullah bin Azizul. The newest member of the family. Its been so long since we had a boy. The last one was Izzul who is now 14-year-old. More or less, we've been waiting for a boy ever since we cannot dukung Izzul anymore =)

So, to Athoullah... welcome to the world and welcome to The Thirds' Club. I really hope that I could live long enough to see you reading this. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan menyenangkan hati ibu dan ayah.



Hugs n Kisses,

Alang
Gemas.

Thursday, February 10, 2011

Hanya untuk hari ini...



Buat semua hari ini... Sebabnya, andai kata ini hari terakhir...kita yang pergi tak ralat..dan orang yang tinggal akan ingat kita dengan cara yang baik-baik.

So hari ni, saya nak cakap terima kasih, kepada semua yang selalu ada.. untuk gelak ketawa. Lebih-lebih lagi untuk yang selalu ada pada waktu-waktu down saya. Saya sangat hargai, walaupun saya tak pandai nak tunjuk. Terima kasih.


Wednesday, February 9, 2011

Kenapa? [Vol. 2]

Kenapa kita selalu takut dengan perasaan sendiri?
Kenapa kita selalu fikirkan benda-benda yang kecik hingga abaikan
benda yang lebih besar?
Kenapa kita selalu menafikan apa yang kita rasa?
Dan mengiyakan benda yang tak de?
Kenapa kita selalu keliru?

Kan tak semua orang paham apa yang kita rasa.
Tak semua pun peduli apa yang kita fikir.

Kan senang kalau semua benda dalam dunia ni hitam atau putih je..
Tak ada kelabu?

Tuesday, February 8, 2011

Tentang anak...

Sebenarnya, dah lama nak buat entry pasal ni.  Tapi terasa macam tak relevan. Tapi saya terkejut, bila saya bukak blog kawan baik saya Cik Radhiazmah dia pun blog pasal ni jugak! Apakah?!

Lepas 3 minggu saya mengajar, saya rasa terkejut dengan diri saya sendiri.  Saya sangka saya tak suka budak-budak. Tapi rupa-rupanya saya suka.  Saya jugak sangkakan budak-budak tak suka saya. Tapi rasanya tak juga. Budak-budak tak pandai nak tak suka dengan orang.

Bila saya sedar akan 'penemuan' baru ini, saya suarakan kepada Encik Muin yang jugak kawan baik saya pasal ni.  Muin kata benda ni normal.  Anak ni ketentuan tuhan. Saya pun pernah cakap dengan Mr Hong yang saya rasa saya suka juga mengajar. Saya suka bila budak-budak datang berlari kejar saya. Saya suka bila budak-budak jerit panggil saya atau lambai-lambai pada saya. Rasa macam ada satu perasaan yang susah nak digambarkan dengan kata-kata. Dan Mr. Hong kata ini bukan sebab saya suka jadi cikgu...tapi sebab saya suka budak-budak. Itu naluri keibuan.

Saya rasa semua orang nak ada anak. Itu normal. Cuma sebagai cikgu, rasanya saya lebih berminat nak tau, kalau ada produk anak sendiri, agaknya masuk kelas mana? Hahaha.

Tapi baru-baru ni, Rania anak kazen saya...memilih saya dalam ramai-ramai orang dirumah untuk menyelesaikan 'bisnes besar' beliau. Saya panik. Uish...saya tahu skang kenapa saya belum kawin. Ahaks.

Dan hari ni sorang classmate saya baru menerima kehadiran seorang cahaya mata. Saya tumpang gembira untuk dia. =)


Tiramisu...

"Cinta sejati ibarat hantu, ramai bercerita tentangnya..tapi hanya segelintir yang bertemu..."

Dengar phrase ni kat tv tadi, bunyi cam best pulak. Hari ni macam penat tapi tak leh nak tido. Makanya duduklah depan tv tu sepanjang petang. Tiramisu. Cerita ni tak lah follow sangat tapi dah ini minggu akhir layanlah jugak.

Semalam baca blog ustazah kepada Faezah, pasal lagu Cinta Sempurna ~ Yuna. Ustazah tu kata, mana ada cinta sempurna melainkan kepada Allah je. Betullah tu. Tapi mesti ada cinta sejati kan? Walaupun macam hantu.  

p/s:  tapi, kalau cinta tu macam hantu...tak yah jumpa pun tak pe la kot. =)



Monday, February 7, 2011

Kening...

Entry ni memang random. Kasi ingat awal-awal. Sebabnya, saya ada banyak mende berat untuk ditulis dan banyak gambar untuk saya upload. Tapi saya tak de mood. Tapi saya tetap nak tulis. Rasa lama sangat dah saya dah tulis-tulis ni. So camni la hasilnya menulis tanpa arah tujuan.

Rasanya saya nak cite pasal cuti sembilan hari saya yang rasa macam sembilan jam. Dua hari awal saya habiskan dengan selesaikan urusan-urusan lantikan. Pegi JPJ, hospital dan ronda-ronda kat opis lama. Tapi tak berani nak masuk...nanti banyak soalan yang saya malas nak jawab.

Lepas tu, adik saya balik. Tak cukup sehari bersembang kat umah, saya ngan mak ikut pulak dorang balik Kedah. Statement paling kurang asam dari adik ipar saya, dia kata saya macam Ugly Betty.  Memang derhaka punya adik. Sume pasal kulit saya yang masih hitam-hitam si tampuk manggis ini. Saya redha je, sebab yang cakap tu pun tak berapa nak putih.. =)

Balik dari Kedah, Mak Ngah balik Ipoh. So haru biru kejap hidup sebab banyak aktiviti nak dibuat dalam masa yang singkat. Cadang nak piknik, BBQ, bowling etc. Yang sempat buat cuma piknik je.  Sempat la sental-sental muka dengan air sungai yang suci lagi sejuk dengan harapan boleh putih sikit. Tapi gagal.  

Sabtu ikut Mak Ngah balik KL.  Dalam keta sembang-sembang pasal kening. Baru dorang perasan, sejak aku jadi 'malap' ni, kening aku pun dah tak de. Dulu aku antara orang yang ada kening dalam sepupu sepapat. [Sebab ramai jugak yang tak de kening sebenarnya..hehe]. Skang aku pun dah kena highlight kening kalo nak kasi nampak. Too bad.

Ahad Cik Kazen hantar ke Gemas. Patutnya ikut member balik tapi tersilap percaturan dan berakhir dengan dorang sampai dulu dari aku.  Dorang cakap, itulah akibat kalo asyik tukar-tukar fikiran. Tapi tak pe, asalkan masing-masing selamat sampai.

Esok, sekolah.

Untuk lengkapkan post ni, kena ada gambar sebagai bukti...hehe

sebelum

selepas


Suka diingatkan, dua-dua gambar pun tak de bantuan alat-alat menconteng muka. Yang tudung hijau ala-ala poyo ni bergambo time nak balik keje lepas solat asar. Bedak pun tak pakai. Yang pakai spek ni, masa nak keluar trekking time PPL, pakai bedak tapi still malap. Sila perhatikan kening mangsa tersebut. Saya rasa dah berkurang, anda bagaimana?