Wednesday, March 17, 2010

Rise and shineeee!!!!

Aku rasa aku bangun pagi ni dari side yang betul.  Sejuk nyaman je rasanya pagi ni. Selalu tu bangun pun dah ala-ala subuh gajah. Almaklum saje, tido 'sangat awal'.  Mana sempat nk bermalas-malas dulu, nak intai-intai luar tingkap sume.  Tak sempat menghayati pagi. Patutla orang kata, tido yang cukup tu penting. Sebab selalunya ia menentukan hari kita esoknya. 


Aku memang jarang-jarang tido 8 jam ngam nih. Pikir-pikir balik, terima kasih gak kepada kekacauan jiwa semalam.  Sebab tu aku tido awal.  Bangun pagi ni aku rasa mcm ntah ape-ape je mende yang aku pikir semlm tu..Siap aku buat entry..kononnye nak menyalurkan ion-ion tak best tu ke satu tempat..bila baca balik pagi ni, sangat tak best.  Kalau biarkan akan menyalurkan semula ion-ion negatif agaknya. Jadi aku dah delete pun.  


Pada jiwa-jiwa kacau yang sempat baca entry tu, saya dah delete ye.  Terima kasih atas sms anda. Memang best pagi-pagi dapat sms macam tu. But I have to say laa..sume orang ade Shakespeare dalam diri dia.  Haha!   


A good laugh and a long sleep are the best cures in the doctor's book.  ~Irish Proverb


I have had enough sleep last nite, so i'm going to laugh a lot today..hahaha

Sunday, March 14, 2010

Fickle minded?! Am I?

I got a call from a friend yesterday.  Very old friend of mine. Since dah lama tak jumpa, byk la cerita. Ye la, nk catch up things yg terlepas for the past few years tu.  Seronok la jugak bila mengenang kisah lama ni...then masuk cerita baru, hidup masing-masing sekarang. 


He was sort of terkejut bila aku cite perubahan kerja aku ni. Tapi tak pe lah, mmg ramai jugak yang terkejut.  But what caught my attention was, when he said...I've always known you as a fickle minded person. Huh?! Kenangan yang dia ade tu like masa darjah 5. Ok? Ape yang budak darjah 5 boleh buat sampai org leh kata dia fickle minded?  Back then, I was a kid, a girl..surely la masa tu agaknye tk tau nk ice cream flavour ape ke. Kekadang tukar kawan baik ke.  Kekadang tukar makanan kegemaran ke? Kan? 


Tapi tak pe lah, orang kata "the best mirror is an old friend".  So aku pun ponder balik la perjalanan hidup aku ni. Hasilnya, aku dapati...aku mungkin cepat bosan, aku suka tukar-tukar barang, aku pun suka-suka hati tukar kerja...mak pun selalu bising aku selalu ubah-ubah tempat barang kat umah ni.  Aku tak boleh stick dengan satu benda terlalu lama. Does that make me a fickle minded person? Bukan itu tandanya aku ni dinamik ke? 


And i found this - Woman is always fickle - foolish is he who trusts her.  
Quite harsh isn't it? But it carries some weight somehow or rather..


Cheers.

Saturday, March 13, 2010

Unspoken...



One of the hardest things in life is having words in your heart that you can't utter ~ James Earl Jones


Yes, its true.
Someone said, just let it out.
Wish I had the guts to.
For saying those words i do not dare to,
guess i just had to live with it, no?

Thursday, March 11, 2010

Heartwrenching stories...

Entered Pn. Sarala class today.
Stories were told. Gut and heart wrenching stories.
How an innocent soul became a 'not so innocent' just
because a wrong turn the mom did.
Who to blame?
The mom?
Fate?
Or..
The girl?

How about this?

If fate means you to lose, give him a good fight anyhow.  ~William McFee


Taking the above quote into consideration, fate has clearly disclaimed himself. 

Monday, March 8, 2010

which is which?

Some people say, there's a first time for everything...
and some say..the first step is everything...

so,which is which?

its for me to know and for you to find out...

Disclaimer: again, what i know or what i think i know is just my 2 cents...


Friday, March 5, 2010

s..i..si..k..a..t..kat.. sakit!

Just nk recap seminggu pertama SBE... mmg lawak giler..walaupun mendebarkan pada awalnya. Aku ingat aku tak suke budak2..tp 1st day pg skolah, tgk muke sorang2..cute cute sumenye..mcm suke pulak. So, ok la kot..ape yg org kata kena ada, boleh diadakan... :)

Paling tak tahan, masa masuk kelas Pemulihan Khas. Tk tau ape nk expect (again!) so aku just tgk je...sekali, budak2 dlm kelas ni mmg agak lemah. Aku ingat lemah tu mcm x boleh baca je..rupanya ade yang tk kenal ABC pun.. Cabaran jugak tu. Dah Darjah 3 tp masih tak kenal ABC. Time tu aku pikir satu je, balik ni aku nk ckp ngan anak2 buahku suruh rajin sikit baca buku..


Yang paaaaling tak tahan, bila dorang kena mengeja.. Muke masing2 mmg confident habis.. hinggalah dorang eja S+I=SI , K+A+T=KAT pastu dorang sebut SAKIT! Aku tak leh nk sorok senyum..maka tersenyumlah aku kat situ. Seb baik aku tak tergelak. Pikir2 balik, jahat aku nih. Tapi takpe, mmg dorang kat situ nk belajar pun..its ok pe buat silap..sebab lepas tu mesti tau ape yang betul.

Kemudiannya dorang belajar lak suku kata lain, dalam banyak2 tu ade la pulak perkataan RABUN. Dorang pun tanya cikgu, ape makna rabun. Cikgu tu jawab, orang yang mata dia rosak, kita panggil dia rabun. Pastu murid tu tanya, cikgu rabun? Cikgu jawab, "saya tak rabun, sy tak pakai spek". Itu jam, ada la bebudak tu yang pandang belakang kat aku..errkk!! Aku sorang je yang pakai spek kat situ. Apsal la xde api pagi tu..kalo tk mmg saya tak rabun hari tu..sbb sy tak pakai spek, sy pakai contact je..haishh.. But then ok la tu..dorang notice aku kat situ..dan pandai pulak relatekan dengan pelajaran hari tu..hehe.

Selebihnya, buat report and sibuk fesbuking...internet cemerlang kat situ..dalam kesibukan tu, aku ada gak sesekali terasa mcm nak ke seberang jalan... kot2 boleh jumpa muka2 yg biasa kat situ. Tp aku tahan...sampai bila nk camtu..kalo dh let go, just let it go je laaa..

I don't think much of a man who is not wiser today than he was yesterday. ~Abraham Lincoln

Tuesday, March 2, 2010

peguam vs guru



BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Mood: Fikir lagi

Venue: Convent Light Street

Masih dalam stage berfikir2..betul ke aku ni nk jadi cikgu. sesuai ke? boleh ke? mampu ke? tup..tup..teringat sajak kat atas tu..yg sebahagiannya aku nampak dlm kelas PNB kat Blok Beringin. Simple tp dalam..mungkin xde makna bagi sesetengah orang tp ade makna pada yg terkena..ok la tu, aku ade jawapan untuk puaskan hati buat masa ni.