Tuesday, November 30, 2010

Notice!

Saya dah hapdate gambo kat Cerita Kaktus Saya..sesape rasa nak tengok, sila scroll downn..hehe TQ.

Entry ntahpape...


I've been meaning to write about this much earlier. But somehow, I couldn't find the tune...or was it writer's block? Ehemm.. 

So, today is officially the 7th day of my lalulala day.  Its good to be home.  But it would be nicer if you have pocketful of money, aite?

Daily routine? For those who know me, they know..I don't do routine.  My activities vary according to the mood and to the side of bed I woke up that day. Err..don't take it literally, as I only wake up on the left side of the bed..sebelah kanan tu dinding.. BUT, the activities would be hari-hari bangun..bukak email dulu...used to it I guess.  Then only proceed ke benda lain.. Dah siap sume yang patut...duduk saje..bukak buku, bukak tv..how boring.  Saat-saat macam ni, teringat la hidup masa jadi cik peguam, cik pelajar kpli..

Macam dah merapu jauh...sebenarnya entry ni hanya untuk mengabadikan saat-saat terakhir saya di Penang.  Sebelum saya balik, dalam perjalanan balik dan setelah sampai rumah.

Sesungguhnya banyak yang saya nak abadikan kisah setahun ni..tapi tak terluahkan.  Cuma...sume-sume tu akan tetap kekal dalam ingatan saya lah.  Harap-harap saya tak jadi pelupa dan nyanyuk bila dah tua nanti..Amin.

Kalo anda-anda masih rajin nak baca..sile lah tengok =)

Tu sikit je baru...terpeleot jugak kaki nk
angkat masuk keta

Time tu la, depa tutup jalan..tidal flow..jam ntah bape Km
kaki yg terseliuh pun tak terasa...

sedap je Cik Bear tu baring..
depan tu bmw loyer dari Penang..keep your distance.

Akibat kebosanan melampau di dalam jem...

Saya dan Penang...datang balik amik brg yg tak sempat
angkat pas terseliuh kaki..

Chowrasta! Nampak buku tu? Turning Thirty..
saya pun ada.

Puan Kakak saya...Time dia tawar menawar, saya lari jauh2..
hahaha

Saya nak belanja Ayong, tapi last-last dia gak bayar.. :P

En. Jaundis yg dibawa pulang dari Penang,
kini di bawah jajahan takluk saya..sorry Paejah.
Lepas siap mengemas..duduk la dalam gelap.
muhasabah diri...


sejak balik Ipoh, jaundis dia dh kurang sikit..hehe
SEKIAN.

When you leave here, don't forget why you came.  ~Adlai Stevenson



Saturday, November 27, 2010

How sweet...







"When someone is so sweet to you, don't expect that to be perpetual because even the sweetest chocolate expires"





Read that in a friend's blog. How very true.  So, the best policy is..."zero expectation". Save your breath. Spare your heart. But still, thanx to those who are sweet enough to make my day.. every day..worth living =)



















Friday, November 26, 2010

Rise and shine!!!!

Sekarang baru jam 9.09 pagi.  Mungkin saya bangun dari side yang betul hari ni.  Tiba-tiba saya rasa bersemangat dan mendapat celik akal.  Janji saya pada diri saya...saya akan perbetulkan rutin saya sepanjang sebulan cuti ini.  Saya kena tulis, supaya ia termaktub.  Jadi, cabaran saya sepanjang cuti ini adalah: -

1.   Nak khatam Quran (Insya Allah)
2.   Nak tidur cukup enam jam [kehkehkeh..gagal dgn jayanya!]
3.   Dapatkan kulit saya balik
4.   Nak habiskan baca buku-buku yang terbengkalai
5.   Nak tengok berita (yes, you read it right!)

Permulaan yang baik untuk bermula hari ini.  Apa yang tak best semalam saya dah buang ke recycle bin.  Apa yang saya suka tetap akan saya simpan dalam hard drive hati saya. Jadi, bermula saat ini dengan lafaz Bismillah doa saya janganlah saya hangat-hangat t*** ayam sahaja.  Cheers!


Wednesday, November 24, 2010

Cerita kaktus saya...

UPDATED!!!


AMARAN:  ENTRY NI PANJANG
--------------------------------------------------------------------

Masa saya pergi Cameron Highlands hari tu, saya ada beli kaktus... Memang setiap kali ke sana, kalau berkesempatan saya akan beli kaktus.  Cerita saya dan kaktus ni dah lama.  Mula-mula saya boleh minat dengan kaktus ni bila ada kawan saya dulu cakap, kalau dia tengok kaktus dia ingat saya...Dia kata, saya macam kaktus...nampak ganas diluar, tapi lembut di dalam.  Tapi jangan percaya cakap dia, sebab itu ayat nak membeli jiwa. Nway, saya bukan nak cite pasal dia..

Cerita saya tentang kaktus saya berlapan.  Masa saya beli, saya siap beli dengan standnya sekali.  Kiut sikit bila depa duduk atas stand tu.  Sebagai seorang yang pemalas dan agak tidak bertanggungjawab, saya perlu ada bond dengan kaktus-kaktus itu. Jika tidak, perasaan untuk memelihara mereka mungkin hilang.  Untuk mewujudkan rasa bertanggungjawaban itu, saya menganggap setiap satu kaktus itu sebagai kawan-kawan saya. Setiap satu mewakili satu kawan yang saya rasa dekat dengan saya.

Dalam kaktus berlapan ini, ada satu yang berdaun rendang (rendang cara kaktus la), dia saya namakan OKT 1. Sesuai la sebab dia selalu memayungi yang lain. Boleh dibuat tempat berteduh untuk pokok-pokok renek kalau dia hidup lama nanti... Insya Allah.

OKT 1

Ada satu kaktus tu, saya anggap dia diri saya.. jangan muntah lepas baca ni ye.. Kaktus ni, telah kering dan terbalik sewaktu saya balik ke Ipoh dan tinggalkan dia di Flat Digi..  Bila saya tengok pangkal dia dah kering, saya ingat dia tak boleh hidup lagi... Nevertheless, saya cuba tanam semula..dan siram.  Alhamdulillah, dia masih hidup sampai hari ini. Memang survivor..hehe.

Minah tu..hehe

Yang satu ni pulak, masa saya nak beli tu..saya paling suka yang ini..daun dia kembang dan lebar..menyejukkan hati dan sedap mata memandang.  Saya anggap dia OKT 2.  Sesuai dengan perwatakan kawan saya yang saya kaitkan dengannya.

OKT 2


Seterusnya satu kaktus yang macam mickey mouse.  Kiut miut...So saya namakan dia OKT 3. Untuk kawan yang saya rasa lebih macam adik.  Kaktus ni kena extra care, tapi so far...dia paling senang dijaga.. =)

OKT 3


Yang ni sedih sikit, ada satu kaktus ni, saya beli sebab dia rupa kaktus yang tipikal.  Saya tau dia mudah dijaga dan susah nak mati.  Tapi saya terkejut.  Kali kedua saya balik dan tinggalkan para kaktus di Flat Digi, bila saya balik saya tengok pangkal dia dah kering. Tapi saya masih berharap, dia akan pulih semula.  Dalam hidup pun, kita akan jumpa perkara macam ni.  Lain yang kita jangka, lain yang jadi. Kita ingat semua ok, rupanya tidak. Too bad.  Memandangkan dia antara ada dan tidak, saya tak nak beri dia nama...senang untuk saya lepaskan dia pergi kalau dia tak bernama.

Innalillah :(

Satu lagi yang saya suka,  rupa dia tak macam kaktus biasa..agak unik la kiranya...saya namakan dia OKT 4.  Saya janji dengan dia untuk jaga kaktus ni bagi pihak dia.. Kaktus ni pun macam dia, unik.

OKT 4


OKT 5, saya wakilkan satu kawan yang saya kenal tak lama...tapi rasa macam lama...jadi saya pilih kaktus yang banyak dahan ni (dahan ke?).  Dahan mewakili perkara-perkara yang dia kongsi yang membawa kebaikan...

OKT 5

Last but not least,  satu kaktus yang dah banyak kali saya beli, tapi so far tak pernah hidup.  Saya harap this particular one akan hidup..saya harap dia akan sempat bertukar pasu dan semoga dia sampai boleh diubah ke tanah. Harapan saya tinggi untuk kaktus ini maka saya letakkan dia distand teratas.  Moga dia dapat paling banyak matahari...moga dia paling banyak dapat air.  Ini OKT 7.

OKT 7


Itu saja cerita saya dan kaktus saya.  Siapa OKT 1, 2, 3, 4, 5 dan 7 ini biarlah saya saje yang tahu.... =)



masa baru beli...


MEREKA HARI INI...







Harap tak kena sidekick ngan cik kucing-cik kucing yang suke buat catwalk kat atas benteng ni =)




Monday, November 22, 2010

Thank YOU!

I was touched. I was very moved.
Its beyond words...
So I just let this picture tell the stories ok! =)




Sunday, November 21, 2010

Turning 32...

First and foremost, thank you Allah sebab bagi saya 32 tahun nikmat nyawa. Allah bagi saya peluang untuk buat banyak benda dalam 32 tahun ni. Syukur.

Masa saya nak jejak umor 30, saya ada beli buku..tajuknye 'Turning 30'.. Malangnya sampai sekarang, saya belum habis baca buku tu.  Suka untuk saya anggap, saya belum masuk 30 lagi. Boleh camtu? 

Sebagai mengenang pertambahan umur saya ni, saya kenang-kenang balik...saya ada banyak mende yang terbengkalai.  Buku-buku yang tak habis baca..manik-manik yang tak siap jahit...baju-baju yang tak sempat siap...itu baru benda-benda kecik.  Belum lagi menda besar...Camne?

Kalau nak diikutkan, Allah bagi banyak peluang..cukup banyak. Tapi saya selalu sia-siakan.  Kalau itu satu dosa..banyak dosa saya ni sebab lepaskan peluang je.  

So sekarang, as I am a year older and a year wiser...saya harap saya takkan ulang silap yang sama. Hajat di hati saya, saya dapat ubah perkara-perkara negative dalam diri saya ni.  

Kat sini saya nak ucapkan terima kasih kepada semua ucap selamat di hari lahir saya ni.  Semua doa-doa, dan semua ucapan ini saya harap cukup untuk jadi booster untuk saya sampai 21 November tahun depan. Amin.


Saturday, November 20, 2010

Pak Cik Hassin

Al-fatihah.

Bila saya dapat sms Jie tengah hari tu, saya dah rasa tak sedap hati.
Bila saya dapat call Jie malam tu, saya dah tau sebelum saya jawab telefon tu.
Sedih saya sama, walaupun mungkin tak sedalam sedih ko, Jie.

Saya pernah melalui, saya pun pernah mengalami.
Bila ayah saya pergi dulu, saya rasa separuh diri saya pun hilang.
Saya yakin, sekarang ko pun rasa macam tu.

Saya tak pandai nak cakap bila saya depan ko.
Saya minta maaf sebab saya tak pandai nak tenangkan hati ko.
Saya mintak maaf sebab saya tak boleh nak tunjuk kuat depan ko.

Tak pe lah Jie, Allah lebih sayangkan arwah.
Jangan sedih..Allah akan tempatkan arwah ditempat orang beriman.
Masa saya tengok arwah, saya nampak dia sangat tenang.
Dia macam senyum.  
Saya rasa dia nampak lebih tenang berbanding tidur dia semasa hayatnya.

Sejak kita berkawan baik,
sejak ayah ko bubuh lauk dalam pinggan saya dulu,
saya dah anggap ayah ko macam ayah saya.
Sekarang situasi kita sama..
Sedih ko sedih saya jugak.
Bila-bila masa ko perlukan saya, ko cakap je.
Apa-apa je kalau saya mampu.

Semoga Allahyarham Pak Cik Hassin tenang di sana...Al-fatihah.

Maaf sebab sy tulis kat sini. Nak cakap tk terluah, nak sms terlalu panjang. Sy tau ko akan baca ni nanti.

Friday, November 19, 2010

Saya rindu...

pokok kaktus berlapan saya di Flat Digi..
harap semua mampu hidup tanpa jagaan sepenuhnya...

harap betul kata si patunghujan...
adapun di padang pasir yang kering kontang
tetap hidup juga mereka...

maafkan saya...
si tuan yang mudah alpa.

tunggu saya balik..
jangan kecewakan saya.


Tuesday, November 16, 2010

Feeling like this...

I never know that it would feel like this...
when somebody not related to you 
by blood...
said something...
that touches your heart.

Simple and plain...
From a true friend, I guess.

That simple, "I'll watch your back. Don't worry".
Made my day.  
You never know how much it means to me.
Thanx.

Sunday, November 14, 2010

Akhirnya, saya jumpa dia...

I've been searching and looking high and low for it. Its been continuing for quite sometime but to no avail. So I stopped searching. And when I was just about to forget it, suddenly... it appeared before me..once again.  I am happy to take you again.  More than happy.  The one with me right now, is not as perfect as you.  But, we are coping.

Nonetheless, for the sake of old time...I choose you.  But now I realise we are not the same again.  You have gone your way, and I have moved on.  To continue using you, would cause headache to me. So, we have to go separate way again.  I need to see the optician now. May be my sight is getting worse. I need to check the power.  Sorry Dear. 

p/s:  apalah ertinya jumpa spek fevret , kalau power dah tak sama lagi kan? apalah pulak ertinya kalau jumpa kawan lama kalau status dia dah tak sama lagi kan? 

With the past, I have nothing to do; nor with the future.  I live now.  ~Ralph Waldo Emerson

Thursday, November 11, 2010

Trailer jek.. :)

Saya bersiaran [masih] di Flat Digi..walaupun tanpa rakan sekutu a.k.a partner in crime a.k.a duet partner saya.  Agak sunyi rumah ni...kalo beliau ada, haruslah bising kerana selain suara beliau sendiri yang agak tensen untuk di dengar, beliau suka bukak tv kuat-kuat...pasang radio...dan juga bukak video ntah pape kat cik lappy beliau. Owhh..tidak lupa juga, dikir barat dan lagu alih bahasa kelantan kegemaran beliau.. arghhh..sgt menensenkan!

Tapi saya bukan nak cite pasal Hang Tu itu hari ni..hehehe. Saya nak cakap, saya ada banyak mende yang saya nak cakap, tapi tak terluahkan.  Saya ada banyak mende nak tulis, tapi tak tertaipkan.  Saya ada banyak mende nak buat, tapi tak terdaya.  

So esok bila saya dah pulang ke kampung halaman, saya akan buat satu persatu. Dalam fikiran saya, ada banyak bab untuk diblogkan.  Kisah sepanjang tahun.  Ada yang saya mula dengan suka..berakhir dengan tiada rasa.  Ada yang pada asalnya pada saya bukan siapa-siapa, sekarang saya lebih suka dia.  Ada ramai yang dari mula saya suka, sampai sekarang pun saya suka.  Kisah kami di sini. Suka dan duka.  Nanti ye. Ini cuma trailer saje. :P

Things that were hard to bear are sweet to remember.  ~Seneca

Tuesday, November 9, 2010

In this moment of silence II

When I wrote the Part I post, it was only what I heard among friends.  Today, I heard it from a sifu. He perceived me as a quiet person.  And that now only I change. Credit was given to Outdoor Programme that we underwent for its success in changing us and me.  The Sifu further said, I now can voice up my opinion, and I didn't do that before this. The Programme has successfully achieved its aim ~ to train students to be competitive and brave.

Its good to know that his opinion about me has changed ever since...but deep inside, I hope I could tell him that its not that I dare not voice up my opinion.  It just that I find it useless to do so. I don't simply raise up issue.  And when I finally do that, I hope and I wish action will be taken and my effort won't go down the drain.  

I did question them once and what I got was the stress mark that they have never encountered any student like us.  The dequorum here is, you don't question anything, its rude. What more can I say?

And today, I questioned the system again.  The feedback was good but still, not concrete answer was given.  I know, in this field everybody's hands are tight.  What else is new?

So, I think I should change my direction.  Complain while I can, endure when I must.  

Bila kita komplen, jangan harapkan tindakan segera, kita cuma naikkan volume komplen dan harap bila-bila mereka terasa nak amik tindakan, ada orang akan dapat manfaat. Mulia sungguh usaha kita. Sekian.


Sunday, November 7, 2010

Kan saya dah kata?

Bila nak exam...yakni saat yang saya patut tengok buku...saya akan bersemangat buat mende lain, antaranya: -

  • fesbuking
  • blogwalking
  • stalking
  • chit chatting
  • eating
  • nail clipping (yesss...)
  • texting a.k.a smsing.
  • calling-calling


Banyak lagi kalau nak listkan..tapi cukuplah yang kat atas ni buat masa ni.  Memang diri sendiri sangat mengecewakan saya.

Owh ye, sambil-sambil saya blogwalking tadi..saya jumpa ni..Cik Jie tentu suka menda ni :)




Owhhh..lupa lak BLOGGING.

KAN SAYA DAH KATA?




Aku Bukan Andalusia

Rentetan entry semalam.

Tiba-tiba malam ni TV3 tayang pulak drama yang bertajuk "Aku Bukan Andalusia"...
Watak utama pulak peguam. Haha! Perfect.
Dalam cite ni, last-last peguam ni kahwin dengan 'old flame'nya
iaitu cikgu dia sendiri masa zaman sekolah.

Nasib baik tak pernah minat dengan mana-mana cikgu zaman sekolah dulu.
Kehkehkeh...

Notes :)


"Aku bukan Andalusia" ni tak ada kena mengena dengan isu kahwin lambat, its actually tentang satu tamadun yang pernah gilang gemilang..yang kemudiannya lenyap macam tu je.  Siapa yang nak macam tu kan?

Saturday, November 6, 2010

Tentang jodoh...

Rasanya semua orang tau...cuti sekolah is just around the corner. Cuti sekolah sangat sinonim dengan kenduri kahwin. Tidak boleh tidak, bila jumpa dengan mak cik sebelah umah, mak kepada kawan, kawan kepada mak...semua akan sangat concern pasal kahwin ni.  

Beberapa jam tadi, saya terserempak dengan seseorang yang saya kenal, tidak rapat tetapi saya kenal dia. Dalam banyak-banyak soalan, hanya satu yang dia tanya yakni bila la dia nak merasa nasik minyak saya.  Kebetulan saya kat kedai mamak, saya pun sambil senyum jawab, kalau dia nak beriani kambing, anytime saya boleh belanja.  Akhir kata, ayat dia yang terkesan dihati saya, "dulu lawyer ye la orang takut..sekarang takkan la orang takut lagi kot. Jodoh ni kena usaha Cik Azira oii". Ok, thats it. 

Kalau la saya boleh post entry saya ni kepada orang terbabit, saya nak cakap...tentang jodoh ni, apalah daya saya nak mengaturnya. Saya nak usaha macam mana? Duduk kat simpang kasi pamplet? Masuk myjodoh.com? Usaha macam tu? Biarlah saya bujang je kot.  

Saya percaya Allah ada rencana-Nya yang tersendiri untuk saya.  Saya sedar, banyak yang saya kena perbetulkan sebelum saya boleh menukar status dan perjalanan hidup saya.  Mungkin sebab tu saya jarang persoalankan kenapa saya belum jumpa jodoh saya.  Untuk mengurus hidup sendiri pun kadangkala saya leka, mampukah saya mengurus hidup orang lain pula?

Saya tanya Encik Google, dan ini adalah hasilnya..tanggungjawab hidup berumahtangga.


Ciri-ciri penting


Beberapa ciri penting adalah mustahak untuk menjadi pegangan setiap individu di dalam kehidupan berkeluarga yang mesti diberi perhatian setiap masa:

1. Sedari diri bahawa anda salah seorang ahli keluarga yang ada peranan, kewajipan dan tidak boleh melepaskan diri daripadanya.

2. Sentiasa baharui azam untuk meningkatkan pengetahuan agama, syaksiah, ilmu pengetahuan ke arah melahirkan insan berkualiti.

3. Suburkan sifat-sifat mahmudah dan kurangkan sifat-sifat mazmumah dalam amalan hidup sehari-hari.

4. Hidupkan sembahyang berjemaah, banyakkan membaca al-Quran dan hidupkan salam di kalangan keluarga.

Yang kat atas ni nampak simple. Tapi mampukah kita?

Allah berfirman:

'Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. '

Ibn al-Aswad AI-Dualy:

'Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. '

Thursday, November 4, 2010

Cerita dua hari...

Achtung:  Quite a long entry, kindly proceed to the MORAL part straight away if you find it too long to read. TQ.
_______________________________________________________________________

Tuesday...done with Methodology paper.  It went okay I might say.  Nothing too heavy to bear. Nevertheless, I didn't guarantee any As.. :)

As promised, later that afternoon I went and pick up Radhi in Bayan Lepas.  Soon after that went of straight to Gurney Hotel.  As usual, makan-makan things and then strolled along the Gurney Drive.  Went to the room and tidoq.  Radhi, I am terribly sorry for the "tak fokus" thing. Hehe. If I could turn back time, I wont allow that to happen.  My bad.  

Wednesday...the plan was, I dropped Radhi at the Court and drove back to Ipoh. As such, I checked my minyak itam before I started the long journey.  Being me, like tikus and labu... I checked the stick after I had turned on the ignition.  Little that I know, it was not suppose to be done that way.  To my surprise, the level of the minyak was below mininum level.  So I called my brother. He was not in Penang, so he asked me to go to the nearest station.  And I did just that. Stopped at Juru, only to stand before the shelf and ponder what kind of engine oil to buy.  Talian hayat again, lucky he asked...when did you check the level? While its on or before you on?  Haaa..he is soooo my brother. He knows me well.  And the rest is history. Owhh..and I saved RM52.00 that morning. Time kasih Angah.

Moral:  If you have to check your engine oil level, do it before you start the car. You won't get the reading (level) while the engine is running.  Lesson numb3r one!

Still Wednesday... I promised Gcop to meet her on my way back.  Lucky, she had an appointment in Ipoh, so we decided to just meet here, in Ipoh.  But, before that.....

Being a very responsible citizen....when they asked us to turn the lights on when passing the tunnel.  I humbly comply that.  Only that I am not so responsible to my car.  Poor BumbleBee.

I met Gcop. She belanja makan..thanx Gcop.  After a long chat, we kissed goodbye. She went off.  I put on my car key and tried to start the car. Failed. And after  a few attempts it seemed itu kereta sudah mogok.  Waited for a while, still didn't work and then I realised I didn't turn off the lights. Great.  So I had to call Gcop to ask if they had jumper.  Negative. 

Thanx to Gcop and Daus again, they returned to the parking lot.  As we didn't have a jumper, we had to tolak the car.  Selepas beberapa aksi menolak kereta dan membawa kereta..BumbleBee berjaya dihidupkan.  See, my good citizenship don't do justice to my car!  Saye berjanji untuk tidak on lagi lampu lepas ni.  Ini adalah kali ke dua perkara ini berlaku.  Kali pertama, it was with Radhi..(kalo dia masih ingat).

Moral No. 2:  Remember to switch off your lights if you have on them and always check before you go off. If not, its better for you not to on them.  Tunnel? So what? :P

Monday, November 1, 2010

Kesekian kalinya...

Saya pun tak tahu kenapa...tapi...
Setiap kali exam, saya mesti nak buat stunt [read: kesilapan buduh] yang ntah hape-hape..

Kali pertama -

Saya terlupa nak padam conteng-contengan di dalam Akta.  Akibatnya dirampas di dalam dewan periksa. Maka saya menjawablah saya tanpa panduan lagi meraba-raba.  Alhamdulillah, saya lulus dengan ok jugak paper tu.

Kali kedua -

Saya tertinggal Akta di rumah.  Maka terkejar-kejarlah Encik Asrul mengambilkannya untuk saya. Terima kasih tidak terhingga.  Sebab tulah saya sayang ko Asrul weh! Alhamdulillah jugak, Allah masih sayangkan saya.Result saya agak best [*agak poyo disitu] untuk paper ni.

Kesekian kalinya -

Saya rasa saya tertulis angka giliran yang salah.  Saya tidak sengaja. Apalah kesnya bila no matrik diberi dihujung semester? Tidak sempat pula beramah mesra, disuruh hapal untuk dibawa ke dewan periksa.  Maka sudah tersilaplah saya.  Saya sangat keciwa. Hampa.  

Esok saya nak mengadap Unit Peperiksaan.  Harap tidak menjadi onar kepada mereka-mereka yang tidak berdosa. Doakan saya.



WELCOME NOVEMBER

Just a very brief one!


It seems something is happening to me. But I do not know what.
Exam symptoms may be?
Or is it because its November already?
I'll be 23 32 in less than 20 days. 
Or is it because I'll be jobless after the 9th?
Or is it because, I'll be having no income for a few months to come?
There are so many reasons to think of
and yet, I don't think..any one of those is the cause.
So what is it?
No idea.
Solution, tido!


My lullaby....[errkkk!!]


Bintang Malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu

Ku dakap dalam tidur panjangku


[Note: Sah la tak bape centre saya ini kerana mendengar lagu sebegini rupe...]